Recents in Beach

header ads

DAP Tidak Respon Debat MCA #MCA

Teo Kok Seong, Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan masih belum memberi jawapan kepada Datuk Chong Sin Woon, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan berhubung sesi perdebatan antara mereka berdua.

Chong Sin Woon
    Dalam satu temu ramah, Datuk Chong Sin Woon yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan, pihak beliau telah menghantar surat peringatan terakhir kepada pihak Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah. Dalam surat peringatan terakhir itu telah dinyatakan agar pihak Teo perlu membalas surat tersebut dalam tempoh tujuh hari dari hari surat tersebut dihantar iaitu pada Selasa yang lepas.

    Sin Woon memberitahu media bahawa topik-topik yang akan didebatkan ialah mengenai pendidikan , memandangkan beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan juga prestasi dua ADUN DAP iaitu kawasan Lobak dan Temiang. Sin Woon juga telah menyiapkan fakta-fakta untuk dihujahkan semasa perdebatan.

    Tambahan lain, beliau telah menetapkan tiga syarat untuk debat ini iaitu debat ini haruslah tiga lawan tiga, sesi debat tersebut akan disiarkan secara langsung melalui sosial media Facebook Live dan hujah haruslah disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

    Bersama-sama dengan Sin Woon mewakili parti dalam debat ialah Ketua MCA Bahagian Seremban Siow Koi Voon dan Ketua Biro Perundangan MCA Ng Kian Nam.

    Bagi pihak DAP pula, debat akan diwakili oleh Kok Seong bersama seterunya Siow Kim Leong, Adun Lobak dan Ng Chin Tsai, Adun Temiang. Hal ini kerana, perdebatan ini juga turut melibatkan isu mengenai prestasi buruk dua Adun tersebut.

    Sin Woon menegaskan, beliau menyahut cabaran ini dan tidak akan membiarkan dua Adun tersebut menghilangkan diri.

    Perdebatan ini dijangka akan diadakan pada 4 Ogos 2017 jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan.

    Namun begitu, sehingga ke hari ini pihak Kok Seong masih belum memberi maklum balas malah penyelarasan pihak mereka tidak lagi berjumpa dengan penyelaras Sin Woon.

    Ketua Pemuda MCA ini juga turut menyatakan jika Kok Seong masih lagi tidak membalas surat, bermakna Kok Seong tidak berani untuk berdebat dan hanya memcari publisiti murahan serta mempertahankan Adun Lobak dan Temiang yang mempunyai prestasi kerja yang teruk.

    Post a Comment

    0 Comments