Recents in Beach

header ads

Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO #SPAD #NEDO

Super Quick Charging (SQC) EV Bas, Transformasi Hijau Putrajaya.


Seperti yang diuar-uarkan, Bandar Putrajaya sedang diusahakan sebagai Bandar Perintis Teknologi Hijau menjelang 2025. Oleh yang demikian, Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menempa setapak ke arah itu dengan pelancaran Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO pada hari ini (28 Ogos 2017) dan telah diadakan di Putrajaya Sentral Presint 7. Bas ini mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40%.


YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang merasmikan pelancaran ini yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.


NEDO adalah sebuah syarikat dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1980. Ia merupakan sebuah syarikat yang menangani masalah tenaga dan alam sekitar global serta meningkatkan teknologi perindustrian.


Sejak 2015 lagi PPj telah berkolaborasi dengan pihak NEDO. NEDO turut telah melantik beberapa syarikat sebagai Japanese Consortium antaranya ialah Toshiba Infrastructure System & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co. Ltd sebagai pelaksana projek ini. Selain itu, projek ini turut menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik penuh PPj iaitu Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn. Bhd. (PAPTT).

Tambahan lain, Malaysia adalah negara bertuah kerana merupakan negara pertama di rantau ASEAN untuk melaksanakan projek bas elektrik dengan teknologi Super Quick Charge (SQC) ini. 3 buah terminal telah dibina khas bagi menempatkan bas SQC ini. Terminal tersebut ialah di Putrajaya Sentral dan depoh bas di Presint 14. Operasi secara komersial telah bermula pada 8 Jun 2017 dengan sebanyak 8 unit bas. Bas-bas tersebut bergerak melalui 2 laluan sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. Lebih menarik lagi dua bas dua tingkat bakal diguna pakai sebagai pelancongan di Putrajaya pada 2018 nanti.

Post a Comment

0 Comments