Recents in Beach

header ads

"Sokong Para Atlet Negara" - Pak Lah #SPAD #BangkitBersama #SEAGames2017 #KL2017 #KitaJuara

Menjelang Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017) yang bakal bermula pada pertengahan Ogos ini, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dan dorongan buat atlet atlet negara. 


Beliau turut merasa kagum dengan transformasi yang telah dilakukan terhadap Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil apabila beliau mengunjunginya hari ini. Terutama sekali, perubahan wajah baru Stesen LRT Bukit Jalil yang turut mengikuti tema kesukanan.

Dengan hiasan dalaman yang diukir kata-kata semangat buat para atlit, Pak Lah turut memuji inisiatif Rapid KL dalam menzahirkan semangat kesukanan dalam fasiliti pengangkutan awam.

Pak Lah yang diiringi isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah dan beberapa ahli keluarga yang lain telah menggunakan Rapid KL LRT Laluan Sri Petaling untuk menuju ke Kompleks Sukan ini. LRT juga dijangka akan menjadi mod pengangkutan awam untuk temasya sukan yang akan diadakan ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Beliau yang menaiki tren dari Stesen LRT Hang Tuah menyatakan rasa gembira kerana perkhidmatan ini dan turut menyeru agar para peminat sukan untuk hadir ke Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil untuk menonton sukan yang dipertandingkan sekaligus membakar semangat juang atlit.

Acara pembukaan dan penutup temasya sukan ini juga akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil selain daripada menjadi gelanggang utama bagi acara trek dan balapan. Selain itu, acara lain seperti akuatik, badminton dan hoki padang juga akan diadakan di sekitar Bukit Jalil.

Post a Comment

0 Comments