Recents in Beach

header ads

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 Galakkan Penggunaan Pengangkutam Awam #SPAD #BangkitBersama #SukanSea2017 #KL2017

Sempena Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN, SPAD Galakkan Penggunaan Pengangkutam Awam #SPAD



Sempena Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN yang bakal berlangsung pada 14 hingga 30 Ogos (SEA) dan 17 hingga 23 September (Para ASEAN), pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyarankan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk ke acar tersebut.

Bagi majlis perasmian dan penutupan Sukan SEA, suka diingatkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan samada secara separa atau sepenuhnya. Malaysia akan menjadi tuan rumah buat atlet-altet, sukarelawan dan pegawai dari 11 negara Asia Tenggara di KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil). Oleh kerana itu, waktu operasi perkhidmatan tren pihak Prasarana dan KTMB akan dilanjutkan hasil daripada kerjasama dengan SPAD. Hal ini bagi memudahkan penonton untuk menghadiri majlis pembukaan dan penutupan acara berskala besar ini. 

Laluan LRT Sri Petaling di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga jam 1 dan 2 pagi sempena acara pembukaan dan penutupan. Rapid Rail yang lain masih boleh digunakan seperti LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Sg. Bulah-Kajang dan Monorel, pengguna yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil hanya perlu menukar laluan mengikut destinasi masing-masing. Namun, penumpang hanya dibenarkan keluar sahaja dari stesen-stesen tersebut. Butiran mengenai KTM Komuter mengenai pelanjutan perkhidmatan juga akan dimaklumkan kemudian.

60 biji bas juga disediakan kahs oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit. Perkhidmatan ini akan dilaksanakan di 7 lokasi menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Papan destinasi elektronik akan memaparkan " KL SEA Games 2017" bagi memudahkan makluman pengguna sebelum menaikinya. Jadual senarai adalah seperti berikut :



26 daripada 28 lokasi acara sukan tersebut akan dilaksanakan di kawasan Greater Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Lembah Klang. Pengguna boleh mengakses perkhidmatan bas GoKL laluan hijau (KLCC - Bukit Bintang) secara percuma. Selain itu, sebanyak sebelas laluan bas RapidKL akan diubahsuai sempena acara ini bagi memastikan kesinambungan perkhdimatan ini menuju ke 5 lokasi acara sukan dengan kekerapan 10-15 minit. Rujuk jadual dibawah :


Pas percuma akan disediakan khas bagi 13,000 sukarelawan serta 2,500 wakil media, pas ini merangkumi perkhidmatan Prasarana seperti LRT/Monorel/BRT/MRT/RapidKL serta Bas Pengantara MRT bermula dari 14 hingga 31 Ogos sempena Sukan SEA dan 16 hingga 24 September sempena Sukan Para Asean.

SPAD juga memaklumakan bahawa seramai 200 ratus kakitangan SPAD akan membantu sepanjang acara ini bagi memberi maklumat kepada orang ramai serta membantu menyelaraskan pengangkutan mengikut lokasi acara sukan bersama pengendali perkhidmatan. Pengguna juga dapat menikmati 50% diskaun yang efektif sehingga 31 Ogos 2017 ini apabila menggunakan perkhidmatan Rapid Rail menuju ke destinasi Sukan SEA.

Akhir sekali, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan SPAD bagi mengenal pasti lokasi-lokasi pengambilan dan penurunan penumpang. Bagi memastikan papan tanda yang mencukupi buat makluman orang ramai mengenai perhentian bas yang telah ditetapkan, SPAD akan memastikan pihak mereka akan bekerjasama rapat dengan pengendali serta penganjur.

Post a Comment

0 Comments