Recents in Beach

header ads

BN Peneraju Masyarakat Cina #MCA

Tatkala DAP beruebut kuasa sesama sendiri, berusaha menyelesaikan kemelut parti. MCA tenang membantu masyarakat Cina. Menaikkan ekonomi masyarakat itu malah berusaha memastikan kebajikan mereka terjaga.


Terbaru, pada 16 September majlis anjuran MCA telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Cina. Ia merupakan luar jangkaan pihak penganjur.



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menyatakan bahawa kedudukan pembangkang pada waktu ini sangat tergugat sehingga terpaksa memburukkan segala kebaikan yang kerajaan laksanakan demi rakyat. Hal ini kerana, mereka di pihak sana tidak mampu menawarkan yang terbaik buat rakyat seperti kerajaan lakukan.

Lihat saja apabila, China melabur di Malaysia. Mulalah pembangkang terutama PPBM dan DAP menyebarkan fitnah mengatakan negara dijual kepada China.

Tambahan lain, Datuk Liow turut menyatakan bahawa MCA sedang berada pada tahap yang baik dan kukuh. Ini juga kerana pemahaman ahlinya yang tahu tiada penghujung jika perpecahan berlaku didalam parti.

Mengenai calon pada pru yang akan datang. MCA telah pun mengenal pasti calon yang berpotensi dikawasan yang dipersetujui untuk diwakili untuk MCA bertanding.Malah calon-calon ini juga sedang gigih melaksanakan kerja-kerja mereka di kawasan yang telah di tanda sebagai kawasan yang mereka akan bertanding.

Selain itu, presiden MCA ini juga terus mengingatkan agar setiap pemimpin akar umbi untuk sentiasa berkhidmat demi kebajikan rakyat dan berharap juga agar setiap ahli MCA untuk tidak bercakaran sesama sendiri. Ini demi kepentingan masyarakat mereka juga.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa 50% calon-calon daripada MCA ialah daripada golongan muda.

MCA juga sedar ketika pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sg. Besar, sokongan masyarakat Cina agak kurang memberangsangkan. Tetapi ia tidak mematahkan semangat dan usaha MCA untuk menawan hati masyarakat Cina.

MCA yakin, masyarakat Cina kini makin sedar parti mana yang memperjuangkan kebajikan mereka. Dan pastinya mereka bijak untuk mengundi MCA berbanding DAP yang kini asyik bising mengenai Better Beer Festival. Walhal MCA telahpun mendapat penerangan daripada pihak DBKL bahawa pembatalan itu atas faktor keselamatan.

Inilah yang perlu dipandang oleh rakyat. Perbezaan di antara MCA dan DAP. Demi rakyat atau demi kuasa? Kesejahteraan semua atau kroni-kroni sahaja?

Diharap PRU-14 ini menjadi titik tolak buat masyarakat Cina untuk merasai perubahan dan pembaharuan yang dibawa MCA demi mereka.

Post a Comment

0 Comments