Recents in Beach

header ads

China tak ‘jajah’ Malaysia - Liow Tiong Lai #MCA #DAP

Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Istilah "Dijajah" oleh China itu hanyalah sekadar manipulasi Politik oleh politikus pembangkang khasnya yang cuba mengelirukan rakyat dengan berita separuh benar dan kebanyakkanya palsu dan fitnah semata mata.

Datuk Seri Liow Tiong
Tegasnya, Malaysia “tidak dijajah” oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun pelaburan langsung asing (FDI) dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Tiong Lai tegaskan pelaburan dari negara China bukan yang terbesar di negara ini. Dan tidak hairanlah semasa awal FDI dipelopori oleh negara ini China adalah negara yang pertama melabur di Malaysia dikala itu Malaysia memberikan pengecualian cukai yang memberi kelebihan kepada FDI. 

“Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara Asean. Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” katanya lagi

Keyakinan pihak asing melabur di Malaysia menunjukkan Malaysia mempunyai kekuatan untuk memegang dan menjana pendapatan pelaburnya. Yang menjadi persoalan kepada semua, kenapa usaha baik negara ini dilabelkan sedemikan rupa. Sedangkan FDI sudah lama dipraktikan dinegara ini malahan ia menjana ekonomi negara, peluang perkerjaan dan paling utama adalah pemindahan teknologi yang secara tidak langsung memberikan peluang besar kepada rakyat negara ini menikmati dan mempelajari teknologi yang dipindahkan ke sini dalam manfaat besar FDI ini.

Dalam satu forum yang dianjurkan oleh pembangkang disekitar Ibukota beberapa hari yang lalu, mereka memberikan gambaran buruk FDI ini kepada pendengarnya sedangkan tidak ada sebarang fakta yang menyokong hujah mereka sendiri terutama daripada DAP yang sebelum ini mendabik dada kononnya pelaburan asing di Pulau Pinang ada hasil kejayaannya sedangkan keyakinan dan kelangsungan pelaburan diseluruh negara datangnya dari sebuah kerajaan yang mana pelabur ini yakin dengan kerajaan hari ini dan daripada itulah ia menyumbang kepada pelaburan disini.

Jika dilihat pada istilah "dijajah" beranikah Kerajaan DAP Pulau Pinang menyenarikan berapa jumlah tanah yang telah dijual kepada pendatang khasnya dari Singapura penduduk pulau sekangkang kera itu?

Post a Comment

0 Comments