Recents in Beach

header ads

Pembangkang Tak Ada Kerja Selain Menghasut - Annuar Musa #TSAM #BN #PRU14

Walaupun memegang portfolio sebagai menteri mahupun timbalan menteri, pemimpin UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tetap meneruskan peranan sebagai ahli politik. Hal ini supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada akan kekal dan raih lebih lagi keyakinan rakyat yang lain.

Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO turut memberitahu bahawa pemimpin pembangkang kini sedang agresif mendekati masyarakat dan menyebarkan fitnah serta hasutan yang berbaur kebencian terhadap kerajaan BN ini. Oleh itu, beliau berharap pemimpin-pemimpin ini dapat mengimbangi peranan masing-masing dan tidak membiarkan pembangkang bermaharajalela.


Selain itu, beliau juga tidak mahu mengulas mengenai kelompongan yang berlaku di dalam BN ini secara politik namun boleh diambil kira dari sudut kerajaan. Rakan parti komponen juga diharap dapat menjelaskan apa itu BN, MCA, MIC serta yang lain secara keseluruhannya, bukan hanya bercerita mengenai kerajaan.

TS Annuar Musa juga mengingatkan agar tugas hakiki sebagai menteri atau timbalan menteri tidak diabaikan cuma diharap agar mereka juga dapat mengupas dan menjawab persoalan-persoalan berkaitan politik.

Pemimpin pembangkang dilihat giat menghasut kerajaan kerana mereka tidak punyai kekangan masa dengan jawatan di dalam kerajaan. Jadi mereka dapat menghasut rakyat dengan meremehkan kejayaan yang kerajaan kini cipta.

Oleh disebabkan itulah TS Annuar Musa menyarankan agar pemimpin parti lebih fleksible dengan menjelaskan asas serta dasar dan perjuangan parti UMNO, BN dan komponen yang lain.

Beliau turut menambah, “Kita sudah fikir baik buruk untuk rakyat tetapi pembangkang tetap akan spin dan inilah iktibar yang saya fikir UMNO, BN dan parti komponen mesti bangun dan tampil berhadapan dengan realiti politik," 

Diharap pemimpin parti BN yang sedia ada ini akan berusaha mengekalkan keyakinan rakyat pada parti dan berusaha memastikan kebajikan rakyat terjamin.

*Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Jelajah Perjuangan For All.

Post a Comment

0 Comments