Recents in Beach

header ads

Projek #MRT3 Diawalkan #MOT #MCA

Selepas kejayaan MRT Sg. Buloh - Kajang. MRT2 pula sedang dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2024. Kini Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang membincangkan projek Transit Aliran Massa Jajaran Ketiga (MRT3) bersama pihak berkepentingan. Perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan.

Walaupun mengikut perangkaan MRT3 sepatutnya siap pada 2027 yag menyusuli selepas siap pembinaan MRT2, namun Datuk Liow menyatakan bahawa projek infra rakyat bertaraf dunia ini perlu disegerakan.

Datuk Liow memberitahu bahawa selepas melihat kepada faedah yang diperolehi daripada pengangkutan awam yang lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail serta jajaran MRT1 dan MRT2, pihak beliau merasakan mempercepatkan pelaksanaan projek MRT3 ini memberi banyak kebaikan.

Tambahan lain, beliau memaklumkan bahawa setiasp projek MRT mengambil masa selama 5tahun. Dan pihak kementerian sudah mula merancang sekarang iaitu pada tahun 2017.

MRT pertama yang mula beroperasi pada 16 Disember tahun lalu membabitkan 21km dari Sg.Buloh-Semantan.



Kemudiannya, MRT kedua beroperasi pada 17 Julai 2017 yang melengkapi jajaran Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km dan mempunyai 31 stesen termasuk 7 di bawah tanah.

MRT3 ini pula dirangka akan melalui kawasan yang berkapasiti tinggi sekitar Greater KL dan akan menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada bagi melengkapkan jaringan pengangkutan awam di ibu negara.

Datuk Liow juga telah bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan hala tuju MRT3 untuk disegerakan sebelum tiba tempoh masa. Dan Perdana Menteri amat bersetuju dengan cadangan tersebut.

Namun, Datuk Liow tidak meminggirkan pendapat pihak lain seperti Unit Perancangan Ekonomi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Perdana Menteri.

Pengangkutan bandar yang mampan adalah agenda nasional untuk komuniti yang lebih baik serta aspek penting dalam pembangunan negara, ini dihasratkan oleh Datuk Liow dalam ucapan beliau.

Akhir ucapan Datuk Liow, beliau berharap agar perancangan rangkaian pengangkutan yang kukuh dan teliti ini dapat mewujudkan lebih banyak bandar berorientasikan koridor dengan lebih banyak rangkaian transit massa. Ini adalah demi mengurangkan jarak pengangkutan dan lebih dekat dengan stesen pengangkutan serta mencapai aspirasi kerajaan dalam merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar.

Transformasi pengangkutan awam hari ini adalah sesuatu yang amat membanggakan malahan ia banyak membantu golongan para pekerja yang sebelum ini dihimpit oleh masalah kesesakan jalan raya disekitar bandar bandar didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. 

Syabas Barisan Nasional!

Post a Comment

0 Comments