Recents in Beach

header ads

Qamar Wan Noor , COO Baru Terajui SPAD #SPAD

Puan Qamar Wan Noor, Ketua Pegawai Operasi (COO)
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Pada 5 September 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru. Qamar Wan Noor, lulusan dari Sarjana Muda dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York tahun 1990 bakal menerajui SPAD sebagai COO bermula hari ini.

Qamar juga merupakan penerima anugerah Magna Cum Laude semasa tempoh pembelajaran beliau dahulu dan memulakan kerjaya pertamanya bersama Shell sebagai ahli teknologi penapisan. Beliau berkhidmat selama 26 tahun bersama Shell dan diberi kepecayaan menjawat pelbagai posisi penting di syarikat terkemuka tersebut. Antaranya ialah ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah. Selain itu, Qamar Wan juga telah memainakn peranan penting dalam memastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Malaysia dan seterusnya Singapura dengan mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran.

Lantikan Qamar Wan ini dianggap lantikan yang tepat berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan, perancangan korporat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau dan ini amatlah bernilai buat SPAD sebagai perancang dan pengawal selia pengangkutan awam darat negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah turut menyatakan bahawa pihak SPAD menyambut baik dengan kedatangan Qamar Wan. Azharuddin juga berharap aspirasi kerajaan dalam merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar dapat direalisasikan begitu juga dengan peningkatan kesalinghubungan antara mod di bandar.

Transformasi keseluruhan industri-industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur-infrastruktur serta projek-projek nasional seperti myBAS di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti termasuk penyusunan semula rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan dipertanggungjawabkan kepada Qamar. Beliau juga akan memasttikan mod pengangkutan bas semakin cekap bersepadu dan mampan demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam darat ini.

Azharuddin turut menambah, SPAD tekad untuk mempelbagaikan warga kerja SPAD lantaran daripada kepesatan sektor industri pengangkutan awam darat.

Post a Comment

0 Comments