Recents in Beach

header ads

Transformasi Pengangkutan Awam Direalisasi #SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan medium bagi mentransformasi pengangkutan awam negara. Ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tanggal 3 Jun 2010.

Idea penubuhan SPAD yang terhasil dari DS Najib sendiri bagi memastikan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara dapat dikemudikan. Hal in kerana demi menjamin pengangkutan awam negara sentiasa berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain serta memastikan rakyat Malaysia menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

Untuk mencapai malah merealisasikan transformasi ini memerlukan sokongan dan penglibatan dari pelbagai pihak. Satu penghargaan buat SPAD apabila sentiasa berusaha untuk memastikan cetusan idea dari YAB PM ini dapat dicapai.

Salah satu pencapaian pengangkutan awam yang boleh dibanggakan ialah pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sebuah pusat yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan yang amat memudahkan rakyat. Wujudnya TBS ini telah mengangkat perkhidmatan pengangkutan awam negara ini ke satu aras yang lebih tinggi dan setaraf dengan negara maju.

Demi meniti pencapaian yang lebih tinggi seiring impian DS Najib iaitu memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam, titik berat yang pelru diambil kira selain pembangunan infrastruktur ialah kualiti serta masa menunggu pengguna. Impak yang diberikan kepada pengguna dalam memendekkan masa menunggu pastinya menjadi satu kunci utama kejayaan transformasi ini.

Pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemain industri ini. Dari sekecil-kecil bantuan seperti bantuan tayar kepada pemandu teksi sehingga ke besar-besar bantuan iaitu pembebasan pemandu teksi dari sistem pajak yang menjerut mereka. Perkara ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai sektor dalam industri ini. Namun inisiatif dari pihak kerajaan ini sangat mengagumkan.

Tidak ketinggalan dengan arus pemodenan, kerajaan juga telah meluluskan aplikasi e-hailing seperti UBER dan GrabCar. Ini adalah demi membantu rakyat bergerak dengan nilai harga yang berpatutan. Selain itu, pemodenan yang dilakukan pada perkhidmatan bas juga patut dipuji. Jika dahulu, pengguna mengambil masa untuk menggunakan bas kerana leceh perlu membeli tiket dari konduktor dan kemudiannya perlu menunggu untuk tiket ditebuk, tetapi kini pengguna boleh membayar amaun yang secukupnya dan tiket dikeluarkan secara automatik tambahan penggunaan Touch'N'Go untuk memudahkan pergerakan turut boleh diguna pakai di sistem bas selain daripada sistem railway.

YB Datuk Seri nancy Shukri turut memaklumkan bahawa menjelan 2019, semua mod pengangkutan awam akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch'N'Go. KTM juga diseru agar bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi menaik taraf sistem yang diguna pakai.

Beliau juga turut memberitahu bahawa pengaplikasian sistem ini mungkin mengambil masa malah kos kerana perlu diambil kira untuk melibatkan kegunaan peranti seperti pengesan global (GPS). Perubahan ini tidaklah mengejutkan kerana rata-rata pengguna juga memerlukan Touch'N'Go untuk membayar tol.

Perubahan yang dibawa YAB PM kepada pengangkutan awam negara ini amatlah memberangsangkan malah membanggakan kerana mencapai taraf negara maju. Ia bukanlah sekadar cakap kosong.

Post a Comment

0 Comments