Recents in Beach

header ads

UMNO Pilihan Anak Muda #TSAM

Terbukti UMNO adalah parti pilihan anak muda. Hal ini dikukuhkan lagi apabila Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa permohonan keahlian UMNO meningkat dengan positif setiap bulan dan rata-ratanya adalah mereka dibawah umur 40tahun. 



TS Annuar turut menyatakan bahawa “Perkembangan ini amat membanggakan kerana ia menunjukkan anak muda menerima UMNO dengan baik”.

Beliau juga percaya bahawa masih ramai lagi anak muda yang menyokong UMNO walaupun tidak menjadi ahli.

Tambahan beliau, perkara ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Dan beliau turut menyeru agar lebih ramai anak muda untuk menyertai parti keramat UMNO ini. Beliau turut mengingatkan agar setiap cawangan sentiasa membuka pintu buat mereka yang mahu menjadi ahli.

TS Annuar juga turut mendedahkan bahawa sebanyak 5,155 permohonan ahli baru yang diterima dimana 3,381 adalah permohonan secara online. 

Daripada keseluruhan 5,155 permohonan baru itu, 508 daripadanya ialah remaja, 920 adalah pemohon wanita dan 2,029 adalah lelaki. Manakala seramai 1,698 adalah wanita dibawah usia 35tahun.

Oleh itu, TS Annuar menyatakan dengan permohonan baru ini, ahli UMNO usia dewasa berjumlah 1.3juta, ahli wanita 1.4juta, 0.6juta adalah pemuda dan puteri seramai 0.4juta. Menjadikan keseluruhan ahli UMNO seramai 3.6juta.

Beliau turut menambah bahawa 52 peratus pengundi di Malaysia ialah mereka dibawah umur 40 tahun. 

“UMNO mengambil berat terhadap perkara ini kerana ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya peranan generasi muda ini”

Beliau juga menegaskan parti akan akan melihat secara mendalam keperluan aspirasi dan juga peranan mereka di dalam kerajaan. Ia bukan hanya sekadar memberi pembelaan semata.

Presiden parti juga turut memberi peluang kepada ahli MT dan sayap untuk membolehkan mereka mengesyorkan cadangan tentang perkara-perkara yang boleh diberikan perhatian dan pembelaan kepada generasi dibawah 40 tahun ini.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat pemimpin mahasiswa yang telah dipilih dan diundi untuk mewakili mahasiswa di kampus masing-masing.

Tambah beliau, MT amat peduli tentang peranan pusat pengajian tinggi samada IPTA mahupun IPTS dalam melahirkan generasi yang bersifat kepimpinan. Presiden parti juga turut mengingatkan MT untuk peka dengan pemimpinan mahasiswa ini.

Akhir dari beliau, MT menggambarkan rasa gembira dan bangga melihat pergerakan politik kampus yang bersaing secara sihat dan berharap ia akan terus berkembang dalam menyumbang kepada proses pembangunan negara ini.

Post a Comment

0 Comments