Recents in Beach

header ads

Wangsa Maju Lokasi Pertama Jelajah Penerangan UMNO - Annuar Musa #LawanDAP

UMNO dalam menghadapi PRU14 yang tidak kurang dari setahun dari sekarang sudah memulakan pecutan terakhirnya dalam jelajah memberikan penerangan kepada rakyat yang berbentuk bual bicara atau ‘townhall’ ke seluruh negara. Perkara ini dilaksanakan oleh Penerangan UMNO Malaysia yang di ketuai oleh Tan Sri Annuar Musa. 


Pendekatan ini bertujuan memberikan penjelasan kepada masyakat umum dan akar umbi berkenaan kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan dasar dasar pentadbiran kerajaan memerintah hari ini iaitu Barisan Nasional. 

Beliau menyatakan penjelasan yang tepat dan releven kepada keperluan mengekalkan kerajaan yang ada dalam masa akan datang untuk meneruskan agenda membantu rakyat. Roh dan semangat perlu ditiupkan kepada akar umbi serta sejarah yang terbukti memberikan manfaat kepada negara dan rakyat pada hari ini. 

Tan Sri Annuar Musa memberitahu jelajah ini bakal menampilkan tiga ahli panel yang berkaliber untuk memberikan penerangan dan jawapan terhadap persoalan rakyat. Mereka adalah Datuk Rosni Zahari iaitu Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan Wanita UMNO dan Saudara Shahril Suffian Hamdan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. 

Datuk Rosni Zahari

Program ini dijangkakan akan akan dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri dari pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar, NGO setempat dan Aktivis Belia maklumnya lagi.

Post a Comment

0 Comments