Recents in Beach

header ads

Bajet Alternatif Hanya Pancing Undi oleh Pembangkang - Tan Sri Annuar Musa #TSAM #LawanDAP #Bajet2018

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Bajet Alternatif 2018 oleh Pakatan Harapan (PH) kerana ternyata ianya hanyalah bajet pancing undi tanpa memikirkan sebarang rasa tanggungjawab. Sanggup menjanjikan ‘bulan dan bintang’ meskipun menyedari mereka tidak mampu dan sebenarnya PH dari awal lagi menyedari mereka mustahil akan menang dan memerintah, justeru itu pendekatan yang diambil adalah yang mudah dan main hentam keromo sahaja asalkan ada.

Kegagalan PH meraih sokongan dan sambutan di Perhimpuan Klpetokrasi di padang Timur, Petaling Jaya pada 14 haribulan yang lalu serta kegagalan Konvensyen PAN di Alor Star baru – baru ini telah menyebabkan Bajet Allternatif yang tidak munasabah ini di bentangkan oleh PH.


PH yang menghadapi pelbagai kemelut dalaman menyebabkan rakyat khususnya golongan cerdik pandai dan anak muda tidak berapa yakin bahawa PH adalah alternatif yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada. Ujar Annuar lagi.

Tan Sri Annuar memberi gambaran yang sinis berkenaan PH kini dimana, PH sebenarnya adalah sebagai satu kelompok manusia yang telah pun putus harapan dalam memperjuangkan agenda peribadi. Mereka saling guna dan mempergunakan diantara satu sama lain tetapi malangnya terikat dengan talian hayat ehsan DAP di bawah “DAP=Led Opposition”. 

Bajet Alternatif dari PH ini yang “glaring”nya adalah formula mustajab, bagaimana negara yang sedang berkembang seperti yang dungkapkan oleh bank dunia sebagai “……the Malaysia economy is progressing from a position of strength”, kepada negara “...progressing from a position of no hope (PH/ Putus Harapan), tambah Annuar lagi.

PH dengan Bajet Alternatif yang langsung tidak masuk akal, seperti janji memberikan pendidikan percuma, akan menyebabkan negara akan menanggung kos tambahan RM60 billion setahun, penghapusan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kembali mengguna pakai SST akan menyebabkan rakyat kehilangan RM25 Billion serta cadangan menaikan gaji minimum akan menambah beban sebanyak RM43 Billion.

Dalam masa 10 tahun sudah cukup untuk membawa negara Malaysia menjadi bankrap, menangung hutang yang tinggi dan seterusnya ekonomi akan hancur, seandainya 3 perkara di atas dilaksanakan oleh PH bila mereka memerintah.

Asas mereka yang kononya ianya boleh ditampung dengan menghampuskan amalan rasuah adalah retorik semata - mata dan PH sebenarnya cuba mengaburi rakyat dengan memperkenalkan Bajet Alternatif ini. Janji – janji ini tidak selari dengan kelakuan pemimpin mereka sendiri yang dengan jelas terpalit dengan skadal rasuah dan sehingga kini masih berjuang dimahkamah. 

Pulau Pinang sebuah negeri yang kecil, mereka gagal untuk mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh. Manakala sesama mereka sendiri pun mengamalkan rasuah (termasuk rasuah seks). Ironinya mereka dipimpin oleh pimpinan yang diakui sebagai penyagak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (Korupsi, Kolusi dan Nepotisme) dan yang sebenarnya merekalah Kleptokrat terbesar, Tambah Annuar lagi. 


Kesimpulan dari penulis, PH ternyata tiada harapan, justeru itu mereka cuba untuk memperlihatkan mereka sebagai satu alternatif terbaik yang bakal memerintah negara selepas PRU-14 nanti. Pelbagai startegi dilaksanakan termasuk memperkenalkan Bajet Alternatif yang dakwa mereka adalah lebih baik berbanding bajet dari kerajaan Barisan Nasional (BN). Bajet yang tidak mempunyai asas yang konkrit dan merapu itu lebih kepada Bajet untuk pancing undi dan jika di takdirkan mereka memerintah sekalipun, hal yang telah dicadangkan oleh merka itu nescaya tidak dapat dilaksanakan.

Post a Comment

0 Comments