Recents in Beach

header ads

Banyak Projek Lereng Bukit Kerajaan DAP #LawanDAP #DAP


Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan 11 orang pekerja tertimbus di projek pembinaan perumahan di Lengkok Lembah Perami, Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah menggemparkan negara. Dimaklumkan juga bahawa projek ini adalah antara projek yang dibantah keras oleh Wakil Rakyat DAP Teh Yee Cheu.

Beliau telah membuat beberapa siri bantahan semenjak tiga tahun lepas dengan menggunakan pelbagai saluran termasuklah juga melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri serta juga telah menulis kepada kerajaan negeri berkenaan hal ini namun tiada sebarang tindakan malah projek ini tetap diluluskan.

Teh Yee Cheu juga mendakwa, terdapat sekurang – kurangnya terdapat 3 lagi projek perumahan di lereng bukit yang amat berisiko dengan berkemungkinan kejadian yang sama akan berlaku dan terdapat 10 lagi projek perumahan di lereng bukit di kawasan berkenaan yang masih dalam proses kelulusan oleh kerajaan negeri.


Kesemua projek di kawasan Tanjung Bungah telah di hantar kepada beliau untuk pemakluman dan ianya telah dibatah dengan keras oleh beliau sendiri termasuklah projek di Lengkok Lembah Permai yang berlaku kejadian tanah runtuh pada pagi sabtu lepas.

Dalam perkara ini, beliau berharap agar 3 projek perumahan puluhan tingkat yang sedang berjalan dan 10 lagi projek yang masih menunggu kelulusan dapat dihentikan terus agar kejadian yang sama tidak akan berulang pada masa depan. Sikap pihak atasan yang tidak mempedulikan bantahan dari penduduk setempat amat dikesalkan, ujarnya lagi.

Wakil rakyat DAP ini juga menyatakan bahawa, berdasarkan kepada penilaian kadar pasaran semasa, nilai hartanah di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah mempunyai nilai yang tinggi dan lokasinya amat strategik. Ini secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada pemaju. 

Mengulas lebih lanjut kejadiaan yang berlaku di tapak perumahan di Lengkok Lembah Permai itu, kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab. 

Seramai 11 orang pekerja pembinaan perumahan mampu milik telah tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh pada jam 8.57 pagi, hari Sabtu, 21hb Oktober 2017.

Kesimpulannya, Kerajaan DAP Pulau Pinang terkenal dengan egonya, rakyat tidak pernah di utamakan, malah kroni – kroni serta pemaju – pemaju yang berkepentingan telah diberi keutamaan dalam melaksanakan sesuatu projek di sini tanpa mempedulikan bantahan rakyat asalkan keuntungan berpihak kepada mereka. Sehubungan dengan itu rakyat Pulau Pinang wajar membuat pilihan yang tepat pada PRU-14 nanti agar nasib rakyat lebih terbela.


Post a Comment

0 Comments