Recents in Beach

header ads

Berita Gembira Buat Penjawat Awam Dalam #Bajet2018

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengumumkan khabar gembira khusus untuk penjawat awam ketika pembentangan Bajet 2018 pada hujung bulan ini.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) dengan tema Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di sini, hari ini.

"Beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini," katanya.

Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 penjawat awam yang hadir pada majlis berkenaan. - BeritaHarian


DS : Jumlah keseluruhan penjawat awam yang terdiri  daripada guru, tentera, polis dan doktor dan jururawat sehingga 31 Mac lalu adalah 917,210 yang mana ia adalah 57 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam (berlainan posisi tugas) di seluruh negara.

Post a Comment

0 Comments