Recents in Beach

header ads

DAP Berjaya Menakut-nakutkan Orang Cina - Tan Sri Annuar Musa #TSAM #DAP #LawanDAP

Democratic Action Part (DAP), nama sahaja ada demokrasi namun inilah parti yang mengetengahkan politik perkauman. Fokus mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Mengikut sejarah, politik perkauman ini wujud apabila tertubuhnya DAP ini, selepas Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama 20 tahun. Perkara ini sendiri turut dirungkaikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO.

Tambah beliau, DAP yang memburukkan UMNO dengan menyatakan UMNO mengetengahkan politik perkauman adalah sangat tidak benar. Kerana jelas apa yang kita boleh lihat sekarang, UMNO menjalinkan kerjasama dengan MIC, MCA dan parti komponen BN yang lain. Ini demi membela nasib masyarakat bukan melayu.

TS Annuar juga memberitahu bahawa DNA DAP itu adalah asalnya dari PAP di Singapura kerana itu ia berbeza dengan parti politik yang lain dalam negara ini seperti PAS, PKR dan Parti Bunga Tun M. Yang sangat jelas parti itu adalah serpihan UMNO.

Asalnya DAP dari PAP tidak dapat disangkal, ini terbukti dengan perjalanan mereka hingga membentuk sebuah parti yang akhirnya menakut-nakutkan kaum Cina agar memberontak dengan sistem pentadbiran negara ini.


Beliau mengulas mengenai isu ini semasa sesi Dialog Perjuangan For All yang berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, malam tadi. Ia turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ahli Parlimen Balik Pulau merangkap Timbalan Menteri Kesihatan bersama Datuk Dr Muhammad Farid Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pulau Betong.


Selain itu, TS Annuar juga turut mendedahkan agenda terbaharu DAP yang dilihat seperti terdesak kerana mereka merasa "tidak perlu memerintah, asal dapat menguasai". Ini jelas terpancar apabila mereka sanggup bersetuju untuk bekerjasama dengan serpihan UMNO iaitu Parti Bunga yang diperintah Tun M.

DAP seolah-olah lupa bahawa Tun M adalah musuh tradisi mereka. Mereka menghalalkan cara demi mencapai matlamat tersembunyi mereka itu. Kerana mereka inginkan Tun M memecahbelahkan kaum Melayu.

Dengar pengakuan 'superasis DAP'  katanya mmg berniat utk takutkan orang cina dan kenapa memperkudakan Tun Mahathir :





Post a Comment

0 Comments