Recents in Beach

header ads

DAP Gelabah Bila CEC Minta Paparkan Senarai Perwakilan #DAPCec #LawanDAP

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan agar DAP memaparkan ke dalam laman sesawang khas atau portal parti itu senarai nama - nama perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). 

Difahamkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam Selangor pada 12 November 2017. Justeru itu mereka di arahkan agar mematuhi arahan ini yang juga merupakan salah satu dari 10 perkara yang perlu dipatuhi oleh DAP.

Surat berhubung tarikh pemilihan semula CEC bertarikh 21 September telah diedarkan kepada pihak media oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu sidang media di ibu pejabat DAP dan ironinya sehingga kini beliau masih belum disahkan jawatan selaku Setiausaha Agung parti DAP. 

Syarikat audit Grant Thornton selaku penyelia pemilihan semula telah diarahkan melalui surat yang di hantar kepada mereka oleh Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah untuk memastikan hanya calon CEC dan perwakilan yang sah seramai 2,576 dari senarai sahaja yang digunakan untuk pemilihan 2012 dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pemilihan tersebut.


Satu kaedah yang sesuai melalui laman sesawang atau portal sebagaimana format yang telah ditetapkan hendaklah disediakan oleh pihak audit yang dilantik bagi memaparkan senarai perwakilan. Ianya untuk memudahkan proses semakan oleh ahli yang sah dalam pemilihan semula CEC

Tempoh minimum 14 hari telah diberikan oleh ROS bagi memaparkan notis panggilan dan untuk disiarkan di akhbar-akhbar utama berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Ianya bagi memudahkan senarai nama disemak oleh perwakilan dan notis tersebut hendaklah disiarkan serentak dengan tarikh notis sebenar dikeluarkan kepada perwakilan.

DAP, melalui Guan Eng menyatakan bahawa mereka akan memenuhi perkara tersebut meskipun merasa tidak berpuas hati dengan keputusan ROS itu supaya mengadakan semula CEC dengan alasan ianya sudah empat tahun lewat dan menafikan segala tuduhan. Ini berdasarkan alasan beliau yang mendakwa hanya segelintir sahaja wakil yang keluar atau tidak hadir pada pemilihan pada waktu tersebut.

Lim Guan Eng juga memberitahu bahawa hal ini amat janggal sekali kerana ROS sebenarnya telah menjumudkan perkara ini pada tahun 2012 dakwanya lagi, apatah lagi dengan fitnah yang tidak berkesudahan yang menuduh terdapat pengundi hantu pada pemilihan semula CEC pada tahun 2013.

Post a Comment

0 Comments