Recents in Beach

header ads

DAP Kit Siang Anak Beranak Tak Takut Menghina Umat Islam - Annuar Musa #TSAM #LawanDAP #DAP #PakatanHarapan

Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO menempelak Kit Siang kerana cakap tidak serupa bikin. Kit Siang diibaratkan seperti berani mencincang islam dengan kenyataanya bahawa DAP akan menjunjung islam sebenar serta agama-agama lain di negara ini jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya. Kit Siang menyatakan hal ini yang dipetik dalam laporan portal pembangkang “Free Malaysia Today” pada 15 Oktober lalu.

Kenyataan Kit Siang ini bercanggah dengan pendirian serta pemimpin PH yang secara jelas telah menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sewaktu di bentangkan di parlimen. Mereka juga menghina perlaksanaan hudud, ujar Tan Sri Annuar lagi. 

Ironinya Kit Siang sendiri terpalit dengan pelbagai kontroversi yang berkaitan dengan islam seperti kenyataan tegasnya berkaitan isu kalimah Allah, tidak membenarkan azan di laungkan dengan menggunakan pembesar suara, malah Kit Siang menyokong kumpulan anti hadis dan banyak lagi isu – isu yang jelas beliau menolak islam secara keseluruhan apatah lagi hasrat DAP untuk menjunjung islam yang sebenar sememangnya tidak boleh dipercayai.


Bersadarkan janji yang mengarut dan tidak masuk akal dari kenyataan Kit Siang itu, Tan Sri Annuar melontarkan soalan sinis kepada Kit Siang, “Islam yang mana satu Kit Siang anuti”?. Tindakan beliau ini adalah sifat orang munafik dan Tan Sri Annuar dengan tersirat menyatakan bahawa tidak hairanlah Kit Siang dengan berani mencincang islam dengan pisau tikaman yang halus dan cukup mengelirukan kerana dengan jelas beliau cuba mengelirukan umat islam dengan menaifestasi yang menyentuh agama islam di negara ini.

Dalam portal pembangkang itu juga, Kit Siang turut menjelaskan kononnya agama-agama yang lain seperti Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh akan dilindungi selagi agama-agama berkenaan menjunjung keamanan, keadilan dan solidariti.



Selain daripada itu, Kit Siang turut menabur janji yang kononnya juga sebagai satu impiannya bagi menjadikan Malaysia sebagai contoh dunia dalam pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa yang bersatu dan mewujudkan keamanan, keharmonian, demokratik, progresif dan kemakmuran. Kit Siang juga menegaskan jika mereka berkuasa, maka mereka akan mempastikan ideologi Taliban tidak meresap ke negara ini.

Ingatan oleh Tan Sri Annuar kepada Kit Siang takut beliau terlupa bahawa, DAP dan PH juga sebelum ini cuba menjahanamkan PAS sehingga parti itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PH,

Tan Sri Annuar juga menyatakan bahawa kedua beranak ini iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak takut untuk menghina umat islam di negara ini sejak mereka dapat mengawal PKR, parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti Amanah Negara.

Kesimpulannya, DAP dengan manisfestasi yang mengarut memang tidak boleh dipisahkan, apatah lagi ianya yang berkaitan dengan agama islam kerana di peringkat awal penubuhan parti DAP lagi dengan jelas mereka memperlihatkan anti melayu dan islam. Maka kenyataan Lim Kit Siang untuk menjunjung dan memelihara agama islam sekiranya Putrajaya mereka tawan adalah retorik semata – mata.

Post a Comment

0 Comments