Recents in Beach

header ads

DAP Masih Gagal Buat Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) #LawanDAP #CECDAP #ROS

Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan diadakan pada 12 November ini. Namun sehingga kini, hampir kesemua ahli – ahli DAP diperingkat akar umbi terus mempertikaikan kejujuran pemimpin tertentu parti DAP ini.

Kepimpinan parti dilihat tidak memperlihatkan sikap yang jujur terhadap pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh ahli – ahli berkaitan dengan pemilihan semula CEC. Sehingga kini, barisan kepimpinan DAP masih enggan mempamirkan senarai nama perwakilan yang akan mengundi dalam pemilihan tersebut. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Bekas setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Emas, S.Vijayan.

Sepatutnya, nama – nama perwakilan yang akan mengundi sudah di siarkan di pelbagai akhbar serta di beri surat jemputan untuk menghadiri kongres, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Namun sehingga kini tiada pemakluman khusus berkaitan perkara tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa ahli – ahli dan para perwakilan sudah menyampah dengan cara DAP melayan mereka di peringkat akar umbi. Memang perangai tidak senonoh dan tidak beretika kerana sehingga kini masih lagi hendak berselindung dan tidak telus dengan pemilihan semula ini.


Pemimpin DAP yang mengamalkan kuku besi ini perlu diingat bahawa tanpa ahli akar umbi, maka kuku tersebut tidak boleh mencengkam dan terus mencengkam.

DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula atas arahan ROS. Kemelut ini bermula setelah ROS memaklumkan kepda DAP bahawan kepimpinan yang dilantik pada tahun 2012 adalah tidak sah dan hal ini telah memaksa DAP mengadakan semula pemilihan pada September 2013. 

Akibat keegoan kepimpinan DAP yang sememangnya ada agenda yang tesembunyi maka ianya masih beluam diadakan. Namun ROS telah mengesahkan telah menghantar surat kepada DAP pada Julai lalu supaya pemilihan semula CEC perlu dilakukan pada November ini. 

Melalui Kongres Kebangsaan sahajalah dapat dijadikan platform terbaik untuk pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat dan bukannya melalui Kongres Khas seperti yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin tertentu DAP, ini kerana Kongres Khas akan membolehkan beberapa agenda mesyuarat ditiadakan seperti pembentangan penyata kewangan dan ahli – ahli tidak dapat mengemukakan usul dan berbahas dan secara tidak langsung akan dapat mengelakkan isu dan masalah parti yang dibangkitkan hingga menjadi pengetahuan ramai, ujar Vijayan lagi.

Kesimpulan penulis, DAP sememangnya sebuah parti yang penuh dengan kelakuan yang tidak beretika oleh barisan kepimpinannya. Kerakusan pemimpinnya, sikap “double standard”, memperkudakan melayu untuk menjatuhkan melayu, tidak telus dalam urus tadbir negeri sperti di Pulau Pinang, menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengannya dan pelbagai perangai dan kelakuan yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mewakili rakyatnya. Ini adalah DAP dan selamanya akan begini.


Post a Comment

0 Comments