Recents in Beach

header ads

DAP Punca Masyarakat Cina Tiada Kawan #MCA

DAP terkenal dengan menggunakan kaedah politik yang amat biadap dalam provokasi politik mereka. DAP memperkenalkan “Melayu screw Melayu” sebagai salah satu startegi buruk mereka. Hal ini menyebabkan 10 peratus para pengundi cina yang baik menentang cara sebegini.



Perbalahan yang dicetuskan melalui surat terbuka masing - masing, di antara Tony Pua selaku Setiausaha Publisiti DAP dan Eric See, selaku Timbalan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional (BN) baru baru ini telah menimbulkan perdebatan terbuka diantara keduanya.

Masing – masing mempertahankan cara dan kaedah yang diguna pakai dalam startegi politik masing – masing dan mereka juga menuduh diantara satu sama lain bahawa startegi yang di jalankan tidak membawa makna kepada kedua – dua pihak. 

Namun demikain, surat terbuka tersebut menunjukkan siapa sebenarnya Tony Pua. Ianya jelas memperlihatkan wajah sebenar DAP demi memperjuangkan cita – cita politik mereka.

Eric menyatakan Tony bukanlah kawannya dan tidak perlu risau akan beliau patah lagi Tony Pua adalah “nobody” dalam politik tanah air. 

Eric menjelaskan maksud “nobody” kerana Tony Pua bukanlah seorang Menteri atau Timbalan Menteri atau seorang Ahli Parlimen mahupun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. Beliau hanya meletakkan dirinya seolah – olah orang yang berpengaruh, ini disebabkan beliau dipilih sebagai wakil penduduk di Petaling Jaya Utara serta sebagai jurucakap kepada Ketua Partinya di atas kapasiti sebagai Pengerusi DAP Selangor. 

Oleh yang demikian, selaku rakyat biasa seharusnya beliau peka kepada setiap perkara yang disentuh khususnya dalam pandangan politiknya kerana akhirnya Tony Pua masih seorang “nobody” dan masih seorang yang tidak menjawat apa – apa jawatan penting yang mewakili rakyat. 

Tony Pua perlu mendapatkan title Yang Berhormat (YB) sebelum namanya terlebih dahulu bagi mengesahkan akan kreadibilitinya daalm membicarakan atau memperjuangkan sesuatu isu. 

Dalam hal ini, terbuktilah contoh kepimpinannya yang buruk adalah cerminan kepada sikap “Read Bean Army” (RBA) yang kerap mengeluarkan kenyataan – kenyataan yang keterlaluan tanpa memperdulikan keharmonian kaum yang sedia ada. Hal ini telah menimbulkan rasa yang kurang selesa kepada 10 peratus pengundi cina itu tadi dan secara tidak sedar mereka akan kehilangan rakan mereka yang baik. 

Sikap dan kelakuan RBA yang ternyata melampau adalah satu doktrin yang telah diasuh dan ditanam dalam minda mereka supaya membuat apa sahaja yang boleh tanpa mempedulikan perasaan orang lain dan undang – undang, asalkan matlamat dan cita – cita mereka berjaya.

Manakala Tony Pua dalam surat terbuaknya menempelak Eric yang kedengaran seolah – olah rengekan seoarang bayi yang baru lahir dan dengan sinis bertanyakan kepada Eric adakah beliau memerlukan tisu untuk menyapu air matanya dan adakah memerlukan botol susu bagi menghentikan tangisan tersebut.

Dalam hal ini Eric membalas juga dengan sinis, Tony Pua bukanlah seorang yang matang dalam berpolitik dan juga secara tidak langsung Tony Pua hanyalah pemimpin DAP di tahap rendah sahaja atau “nobody”. Ketaatan kepada agama Kristiannya juga boleh dipertikai dengan sikapnya itu. 

Selepas beberapa kenyataan terbuka yang kedengaran seperti kebudak budakan oleh kedua – duanya , Tony Pua dengan menempelak Eric dengan mengatakan Eric seorang yang bodoh dan menyarankan agar beliau teruskan dengan usaha untuk memburuk burukannya.

Beliau menegaskan hal ini adalah tanggungjawab beliau dan merasa amat yakin bahawa para pengundi kelak akan membuktikan bahwa beliau adalah lebih baik berbanding dengannya dan sepatutnya beliau tidak perlu melayan hal - hal sebegini kerana mendakwa beliau ada tugasan yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Eric menyeru supaya rakyat Malaysia yang bakal membuat pilhan kelak sedar akan cara DAP dan memberi amaran bahawa DAP akan melakukan apa sahaja bagi mempastikan PRU-14 akan di menangi oleh mereka.

Juga baca : http://www.tanjak.my/chinese-will-have-no-friends-left-because-of-daps-behaviour/

Post a Comment

0 Comments