Recents in Beach

header ads

GAMBAR Himpunan Kleptokrasi Gagal! #Taktau #Negaraku #KleptokrasiAbahKau #TolakPH #HapuskanKleptokrasi #KekalNajib

KALAU sekadar inilah sahaja jumlah khalayak `beberapa kerat’ yang mampu dikumpulkan oleh Pakatan Harapan dalam himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya sebentar tadi, pengerusi pakatan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sudah boleh mencongak nasib pakatan itu.



Jika suasana yang hambar inilah yang sebelum ini diuar-uarkan khalayaknya bahawa himpunan boleh mencecah 100,000 orang, pembangkang seharusnya malu besar.

Nak dikatakan 20,000 orang pun tak bisa untuk diluahkan. Barangkali bawah 8,000 sudah memadai.






Ibarat `langit dan bumi’ dengan himpunan rakyat kelolaan kerajaan Barisan Nasional (BN), himpunan anti-kleptokrasi hari ini itu tidak ubah seperti festival itu yang diselangi dengan muzik sambil makan-makan..

Bukan sahaja himpunan itu gagal, malahan amat memalukan Dr. Mahathir, ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi DAP sendiri, Lim Kit Siang.

Cuma lima peratus sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan - menyaksikan kegagalan pakatan itu untuk menarik sokongan dan simpati rakyat. Peserta yang datang kebanyakannya lebih tertumpu di dalam Amcorp Mall serta restoran makanan segera A&W.

Kegagalan ini suatu malapetaka buruk kepada Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.

Kelibat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bersama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamad Sabu serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu.

DAP, PKR, PAN dan PPBM sepatutnya sudah mengira-gira nasib mereka dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Himpunan kleptokrasi ini memalukan kerana terbukti tidak mewakili suara rakyat. - KLXpress
#Taktau
#Negaraku
#KleptokrasiAbahKau
#TolakPH
#HapuskanKleptokrasi
#KekalNajib

Post a Comment

0 Comments