Recents in Beach

header ads

Guna Pengangkutan Awam Darat Tingkatkan Produktiviti - PM #SPAD #MyBAS #HSR

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (PM) telah menjelaskan bahawa keadaan rakyat Malaysia ketika ini adalah lebih baik. Hal ini disebabkan oleh agenda pengangkutan darat negara yang dirangka bukan hanya tentang projek infrastuktur mega namun ianya lebih lagi kepada meningkatkan produktivit dan keadaan hidup yang lebih lestari. 


Sebuah rangkaian pengangkutan awam darat yang bersepadu, yang boleh dipercayai serta moden bagi memacu pertumbuhan sosio ekonomi serta mempertingkatkan kualiti alam sekitar perlu di rangka dan dilaksanakan demi kelestarian pembangunan Malaysia. Sewaktu Perdana Menteri berucap di Simposium Pengangkutan Awam Darat di sini, beliau turut menjelaskan antara agenda utama perjalanan Program Transformasi Nasional (NTP) adalah untuk mentransformasikan pengangkutan awam. 

Gaya hidup rakyat Malaysia kini khususnya di Lembah Kelang telah berubah, kerana rakyat dapat melihat kejayaan perlaksanaan projek pengangkutan awam darat MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang. Di mana ianya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi laluan kepada mobiliti hijau dan secara tidak langsung akan mengurangkan perlepasan karbon di ‘Greater’ Kuala Lumpur.

Projek MRT yang bermula dengan konsep sehingga penyampaian telah menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri dan projek MRT ini adalah projek yang diselia sendiri di setiap peringkat kemajuan oleh beliau sendiri bagi memastikan ianya di dalam kerangka perancangan yang telah dipersetujui sebelumnya.

Perdana Menteri juga menzahirkan cita – citanya untuk mewujudkan satu sistem terbaik bagi penyuraian kesesakan lalu lintas menuju ke pusat bandar raya, agar rakyat lebih mudah untuk berulang – alik ke bandar raya dan sebolehnya beliau tidak mahu bandar raya Kuala Lumpur terkenal di peringkat antarabangsa akan kesesakan lalulintasnya berbanding perkara lain.

Perdana Menteri menzahirkan perasaan syukur di atas keputusan dan penerimaan MRT Laluan 1, yang mana penerimaan rakyat amat memberangsangkan. Kecanggihan projek infrastruktur Transit Aliran Massa ini, membuktikan kerajaan berupaya untuk menyiapkan projek berteknologi tinggi demi kebaikan rakyat, apatah lagi kejayaan menyiapkan projek yang menelan belanja RM 2 Billion Ringgit di bawah anggaran kos sebenar lebih awal dari jadual asal. Berdasarkan indikator ini ianya jelas merupakan kejayaan cemerlang bagi sesebuah negara.

Selain daripada itu, sumbangan beribu – ribu rakyat Malaysia yag diambil bekerja bagi menjayakan projek berkelas dunia ini juga, adalah salah satu faktor utama yang menjadikannya satu kenyataan, ujar Perdana Menteri. 

Dalam perkara yang berkaitan Perdana Menteri memberitahu bahawa, projek MRT Laluan 3 yang meliputi kawasan Bandar Malaysia, Mont Kiara, Sentul, Mid-Valley dan Setiawangsa sedang di pertimbangkan oleh kerajaan bagi mempercepatkan cadangan perlaksanaannya dan manakala inisiatif pengangkutan lain yang bakal dilaksanakan oleh pentadbiran beliau adalah meliputi perkhidmatan kereta api, bas, teksi dan sebagainya.

Projek Kereta Api Berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura turut disentuh oleh Perdana Menteri kerana projek HSR ini sudah tentu akan menjana faedah ekonomi bagi kedua – dua negara, manakala Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan memberi limpahan ekonomi di samping dapat menyerlahkan potensi wilayah yang kurang membangun dan wilayah yang selama ini kurang diketahui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Menjelang 2027, perbatuan landasan di seluruh Negara akan menghampiri jarak 3,000km, iaitiu 65 peratus melebihi rangkaian landasan sekarang. Ini menunjukkan penambahan infrastruktur yang sangat besar apabila kesemua projek seperti ECRL, HSR KL-Singpaura, Sistem Aliran Deras johor Bahru-Woodlands (Utara) dan laluan landasan bandar lain siap kelak.

Sebanyak RM766 juta di bawah Dana Sokongan Bas Henti-henti (ISBSF) telah dilaburkan oleh kerajaan semenjak tahun 2012 lagi. Ini untuk mempastikan penduduk di sepanjang laluan sosial ini terus menikmati kemudahan perkhidmatan bas.

Perdana Menteri juga menambah bahawa, pengoperasian perkhidmatan myBAS oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kangar semenjak Ogos 2015, di Seremban semenjak Januari 2016 dan di Ipoh semenjak Jun 2016 telah melibatkan pelaburan sebanyak RM143 juta oleh kerajaan Malaysia. 

MyBAS telah merekodkan lebih 8.4 juta penumpang atau purata 324,000 penumpang sebulan di tiga ibu negeri tersebut sehingga kini, ujar Perdana Menteri lagi.

Kesimpulan dari penulis, Projek Transformasi Pengangkutan Awam Darat ternyata memberi manafaat yang besar kepada rakyat. Penjimatan dari segi masa, kesesakan aliran trafik dapat disuraikan dengan baik dan terpenting ianya membuktikan kerajaan Malaysia di bawah kepiminan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berjaya meningkatkan imej negara ketahap yang lebih tinggi sesuai dengan hasrat dan cita – cita Malaysia untuk menjadi antara negera termaju pada tahun 2050 kelak.

Post a Comment

0 Comments