Recents in Beach

header ads

Isu Calon : MCA Letak Keputusan Kepada Pimpinan Tertinggi #MCA

MCA menaruh keyakinan penuh kepada pimpinan tertinggi Barisan Nasional dalam menentukan calon PRU-14

Parti MCA telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesemua senarai calon yang dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk disaring dan di tapis.


Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga menyatakan bahawa MCA turut melakukan saringan sendiri bagi mempastikan kesemua calon yang telah disenaraikan parti itu tiada yang terlibat dengan salah laku jenayah atau diistihar bankrap.

Keputusan akhir terpulanglah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak untuk memilih kerana MCA sendiri telah melakukan pelbagai saringan sebelum menentukan calon yang layak mewakili parti pada PRU-14 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Presiden MCA sewaktu beliau di temui selepas merasmikan Konvensyen MCA Pulau Pinang 2017 baru  baru ini. Pihak MCA kini sedang menunggu keputusan rasmi kerana kesemua prosuder dan garis panduan telahpun di patuhi.

Konvensyen MCA Pulau Pinang turut di hadiri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi MCA negeri Pulau Pinang, Datuk Teik Cheng.


Kenyataan Presiden MCA ini turut merujuk kepada satu sidang media dalam salah satu majlis rasmi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 29hb September 2017, dimana YAB Datik Seri Najib telah memberitahu bahawa BN sudah menyerahkan sebahagian nama calon calon yang dijangka bertanding pada PRU-14 kepada SPRM untuk disaring.

Post a Comment

0 Comments