Recents in Beach

header ads

Isu FOREX Dan Rasuah LGE - Dimana Lidah Lim Kit Siang?! #TSAM

Tan Sri Annuar Musa menegaskan orang orang yang menentang Mahathir hari ini bukan kerana namanya Mahathir tetapi kerana Mahathir yang hari ini adalah alat kepada pertelingkahan yang bakal memecahbelahkan orang melayu dan secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada DAP selaku Parti Paling Dominan didalam Pakatan Harapan.


Pakatan Harapan kini hilang arah tuju diantara memimpin pandangan rakyat ataupun menangguk di air keruh? Jika sebelum ini mereka lebih memberikan fokus untuk memenangi kerusi kerusi DUN dan Parlimen kini mereka sedang mencari fomula baru untuk terus memegang kuasa dalam masa yang sama rintihan dan pandangan rakyat hanya di bakul sampah.

Permainan yang dimainkan oleh Wan Azizah, Tun Mahathir, Azmin Ali dan terutamanya Dinasty Lim Kit Siang kini jelas hanya satu perebutan kuasa sesama sendiri untuk terus berkuasa dan tidak lagi ada harapan untuk rakyat yang dahulunya mengundi mereka. Kini kroni dan anak beranak mereka sedang melahap kesenangan lantaran kekuasaan yang dipegang oleh mereka mereka.

Mereka semuanya adalah lahir dari kebencian sesama mereka yang kini perebutan kuasa untuk menjadi ketua dengan perjanjian demi perjanjian yang menguntungkan sesama mereka tidak lagi berdrama dengan agenda membantu rakyat.

Tan Sri Annuar Musa telah melaksanakan beberapa program penerangan kepada akar umbi yang mana diberi nama Siri Jelajah Perjuangan 4All yang membuatkan pembangkang merah mata mendengar penjelasan dan penerangan yang disampai disetiap slot yang diadakan.

Oleh kerana itu, Kit Siang selaku kuda tua yang bersaing dengan Mahathir tidak mahu ketinggalan dalam mengejar populariti maka bermula serangan dengan tuduhan yang tidak berkaitan dengan perkara perkara sahih termasuk mengaitkan TSAM dengan amalan rasuah.


Tindakkan Kit Siang menyerang TSAM jelas menunjukan kegopohan dan muka tembok Kit Siang terpancar bagaimana seorang yang dilihat berkuasa dan antara ketua didalam Pakatan Harapan tidak memandang bertapa seriusnya isu anak beli Lim Guan Eng yang kini masih didalam pendakwaan berkenaan rasuah yang melibatkan nilai berjuta ringgit kini menuduh orang lain mengamalkan rasuah?

TSAM adalah antara pemimpin yang tidak disabitkan dalam mana mana kes yang melibatkan pecah amanah apatah lagi rasuah malahan TSAM bersikap gentleman menghadapi setiap kali dijadikan bahan fitnah pembangkang malah tidak pernah membuat kenyataan yang menyerang tanpa fakta apabila beliau difitnah oleh pembangkang khasnya. Kit Siang mengeluarkan kenyataan yang mengelikan hati kononnya TSAM menyerang DAP kerana jawatan Pengerusi MARA dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tuduhan Kit Siang itu dilihat sebagai modal terakhir untuk mengalihkan tumpuan pena penulis portal fintah Pakatan Harapan sedangkan Kit Siang sewajarnya menasihati diri sendiri kerana gagal mendidik anaknya Lim Guan Eng agar tidak mengamalkan rasuah dan perlu meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa proses perbicaraan yang sedang belangsung ini.

Kleptokrasi adalah zikir baru bagi pemimpin dan penyokong pembangkang sedangkan Kit Siang dan dinastinya sedang rakus melahap wang rakyat yang diamanahkan kepada mereka dengan amalan amalan rasuah yang cukup terancang.

Malah adakah sindrom nyanyuk Kit Siang semakin jelas? Dahulunya Kit Saing mendakwa wang negara ini disalahguna oleh Tun Mahathir (ketika berkuasa selama 22 tahun) yang mana daripada Siasatan Di-Raja yang ditubuhkan telah merungkai amalan Kleptokrasi oleh rakan Pakatan beliau, Tun Mahathir Mohamad kerugian tidak bermanfaar besar yang dialami oleh Bank Negara Malaysia yang mencecah AS$10 Billion bersamaan RM44 Billion. Apa jawapan Mahathir selaku individu yang disabitkan dalam Kleptokrasi ini? 

“TAK TAHU”

Dimana lidah Kit Siang?!

Post a Comment

0 Comments