Recents in Beach

header ads

Kerajaan Cadang Pasang Peranti Pengesanan Dalam Bas #MOT #MCA #SPAD

Cadangan memasang peranti pengesanan dalam semua kenderaan komesial terutama bas untuk mengelakkan nahas jalan raya satu tindakkan yang positif dalam meminimumkan kadar nahas jalan raya yang kian meruncing hari ini.

Perkara ini dibangkitkan oleh Kementerian Pengangkutan yang Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lain berkata pemasangan peranti diagnosis dalaman (OBD) berfungsi untuk merekodkan pergerakan pemandu untuk pemantaun dan penilaian.

Menurutnya lagi, rekod tersebut berupaya menjejak, memantau dan menilai rekod pemanduan terdahulu pemandu tersebut untuk dicatatkan dalam skor pemandu.

Ciri ciri teknologi tinggi dan berkualiti serta kerja kerja pemantauan pemandu dan kenderaan tersebut lebih mudah dan berkesan. 


Sistem OBD yang sedia ada sebelum ini cuma dipasang bagi tujuan memantau para penumpang dan untuk sistem yang baru ini adalah untuk memantau pemandu pula.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi khas pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Latiff bertanya tindakan dan usaha Kementerian Pengangkutan terhadap pengusaha bas kilang yang menyediakan bas tidak selamat bagi mengelak kemalangan jalan raya.

Pihaknya turut mengkaji beberapa kaedah untuk mengawal tabiat pemanduan supaya para pemandu tidak memandu melebihi had yang ditetapkan dan berkemungkinan selepas ini kerajaan mungkin akan melaksanakan Sistem Pengesanan Kedudukan Global atau GPS untuk memantau tindakan pemandu bas khususnya.

Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung permit kenderaan pengendali dua bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 berhampiran Plaza Tol Juru, Butterworth sehingga mengorbankan lapan penumpang.

Kemalangan mengorbankan nyawa lapan wanita manakala 35 lagi dilaporkan cedera.

Selain itu, katanya, bas bas yang beroperasi hari ini perlu dipasang dengan alat khas pengehad kelajuan supaya bas tidak dipandu melebihi had ditetapkan.

Post a Comment

0 Comments