Recents in Beach

header ads

Kit Siang Berjaya Tawan Mahathir - Annuar Musa #TSAM

Dalam politik pelbagai perkara yang mustahil boleh berlaku. Kadang kadang di luar batasan pemikiran kita akan sesuatu perkara itu terjadi, lazimnya sahabat akan menjadi musuh dan musuh atau seteru utama akan menjadi sahabat dan rakan sekutu demi menjayakan cita cita politik.


Di Malaysia, menjadi satu penanda aras politik yang amat pelik serta mustahil untuk difikirkan sebelum ini dan pujian harus diberkan kepada parti DAP khususnya kepada Penasihat DAP itu sendiri iaitu Lim Kit Siang.

Beliau telah dilabelkan sebagai diktator yang paling hebat dalam arean politik Negara kerana berjaya menawan dan menjinakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Hal ini diakui secara sinis oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sewaktu beliau menjadi panel Bicara Minda dan Sesi Dialog di PWTC, anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO yang juga turut dihadiri oleh Datu Seri Azalina Othman Said, Menteri di jabatan Perdana Menteri selaku salah seorang panel dalam program tersebut. 

Beliau menyatakan bahawa, Dr Mahathir sebagai ahli politik merupakan inividu yang palling sukar untuk dikalahkan tetapi Lim Kit Siang dapat membuatkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menjejakkan kaki ke ibu pejabat DAP baru baru ini. 


Difahamkan kehadiran Dr Mahathir adalah untuk memenuhi jemputan bagi menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu sepanjang 22 tahun Dr Mahathir berkuasa dalam UMNO, Lim Kit Siang tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya ke pejabat UMNO. Namun hal sebaliknya berlaku di mana Lim Kit Siang Berjaya membawa Dr Mahathir hadir kepejabat DAP dan ini adalah tandanya bahawa Lim Kit Siang Berjaya menawan Dr Mahathir.

Post a Comment

0 Comments