Recents in Beach

header ads

Kit Siang Cermin Diri Sebelum Kritik Orang - Khairy Jamaluddin #LawanDAP #DAP

Insiden Khairi Jamaluddin yang juga menteri Belia dan Sukan, telah menugaskan pegawai khas bagi meminta wartawan Malaysia Kini (MK) agar meninggalkan majlis dan mengarahkan agar mereka beredar serta tidak membuat liputan sempena Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-44 di sini.

Hal ini telah membuatkan Lim Kit Siang telah mengkritik YB KJ dalam lama blog miliknya, atas tindakan YB KJ tidak membenarkan wartawan portal berita pro-pembankang, Malaysia Kini agar tidak membuat liputan sidang akhbarnya. Namun YB KJ yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO menempelakas Kit Siang bahawa tindakannya itu pernah juga dilakukan oleh anaknya Lim Guan Eng sebelum ini.

Lim Kit Siang mungkin lupa bahawa anaknya iaitu Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pernah tidak membenarkan media arus perdana seperti TV3, Media Prima dan Utusan Malaysia bagi membuat liputan sidang akhabr Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang suatu ketika dulu, ujar YB KJ lagi.

YB KJ mempersoalkan kritikan dan teguran Kit Siang yang menuduhnya seorang yang “double standard” atau dwi-standard dan siapa sebenarnya yang mengamalkan dwi-standard soalnya lagi. Apabila hal yang sama di lakukan oleh anaknya ianya tidak mengapa namun apabila YB KJ melakukan hal yang sama ianya tidak boleh. Dalam hal ini jelas DAP mempraktikan “double standard” dalam apa jua tindakan yang mereka ada kepentingan dan YB KJ enggan mengulas lebih lanjut akan hal ini.

YB KJ juga mempersoalkan etika kewartawanan Malaysia Kini (MK) kerana lazimnya wartawan MK datang sesuatu majlis dan akan bertanyakan soalan. Namun apa yang terjadi ialah, apabila beliau menjawab soalan tersebut hanya sepotong ayat sahaja yang akan dijadikan berita dan mereka akan jadikan berita tersebut tidak tepat atau “fake news” (berita palsu), jelas YB KJ lagi.

Dalam hal berkaitan YB KJ mengulas bahawa, wartawan MK yang terbabit telah diminta beredar oleh pegawainya dengan cara yang sopan dan penuh beretika.

Berkaitan dengan SSEAYP pula, ianya adalah satu program kerjasama persahabatan belia yang menyaksikan seramai 350 belia dari negara – negara ASEAN dan Jepun akan belayar selama dua bulan dengan kapal Nippon Maru. Pelayaran akan bermula dari Jepun dan akan mengunjungi negara – negara ASEAN.

Dalam program yang sama juga, YB KJ telah memberi amanat kepada belia Malaysia yang terpilih dalam pelayaran ini supaya mengadakan perbincangan mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pendekatan ini adalah satu kelainan dari Malaysia untuk dikongsi dengan belia dari ASEAN dan Jepun bahawa masa depan negara ini dicorakkan oleh belia itu sendiri dan YB KJ berkeyakinan bahawa penglibatan belia Malaysia seramai 29 orang dalam program SSEAYP ke-14 ini akan mengukuhkan lagi semangat kerjasama antarabangsa antara belia Negara – Negara ASEAN dan Jepun.

Kesimpulan dari penulis, DAP tidak asing lagi dalam tindakan mereka yang dwi-standard. Apabila hal yang melibatkan kepentingan dan keuntungan kepada mereka dan ianya tidak mengapa dilakukan, namun apabila pihak yang menentang mereka khususnya pihak kerajaan makan siang dan malam mereka akan mencemuh dan mempersoalkan tindakan yang dilaksanakan itu. DAP adalah “king of double standard” dan amat pelik sekali seolah dunia akan kiamat sekiranya mereka tidak lagi melakukan hal yang tidak beretika ini.

Post a Comment

0 Comments