Recents in Beach

header ads

Kit Siang Perdana Menteri?! #DAP #LawanDAP

Pakatan Harapan (PH) akan menjadi lebih huru hara jika Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri kerana beliau masih belum mampu. Ini telah dijelaskan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee. 



Meskipun Kit Siang telah terlibat dalam arena politik negara telah lama dan menjawat jawatan tertinggi dalam parti, namun beliau masih kurang pengalaman. Sepanjang kariernya sebagai ahli politik, Kit Siang belum pernah menyandang mana- mana jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti menjawat jawatan menteri mahupun sebagai seorang EXCO 

Disebabkan kurangnya pengalaman maka bagaimana untuk menilai beliau sebagai PM yang lebih baik dan sekiranya dilantik sebagai PM ianya dibimbangi PH akan menjadi huru – hara apatah lagi tahapnya tidak dapat dijangka. 

Manakala saudara Shahmsher Singh Thind iaitu bekas ahli DAP seumur hidup turut memperakui akan kenyataan oleh Jenice Lee malah turut menempelak kenyataan Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri di jabatan Perdana Menteri yang memberi gambaran Kit Siang adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri. 

Beliau menambah, kemungkinan Zaid Ibrahim sedang membodek Kit Siang bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) atau juga sebagai satu kaedah terancang untuk menamatkan riwayat pemimpin veteran itu. 

Zaid Ibrahim dan Kit Siang bukanlah orang yang layak untuk membicarakan isu kepercayaan kerana kedua – dua pemimpin itu sedang bekerjasama dengan individu yang sebelum ini pernah menuduh mereka melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Ujar Saudara Shahmsher Singh lagi. Malah kedua – duanya terlupa UMNO sekarang yang dikatakan rasis adalah diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988, tegasnya. 

Dalam perkara yang sama, Dr P Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II juga tidak kurang membodek Kit Siang dengan menyatakan bahawa, Kit Siang adalah orang yang paling layak untuk di lantik sebagai pemimpin nombor satu negara kerana Kit Siang adalah pemimpin agung yang pernah ada di dalam negara ujarnya lagi. 

Kesimpulannya Kit Siang hanyalah pemimpin yang tiada kredibiliti untuk memimpin. Apatah lagi untuk menjadi sebagai seorang Perdana Menteri. Sikapnya yang bermuka muka, membuat keputusan dan sokongan terpilih khusus dalam kes kes yang membabitkan anaknya Lim Guan Eng dan parti DAP. Mengambi kesempatan di atas kelompongan disebabkan geseran politik yang ada. Sikap perkaumannya yang melampau, mustahil seorang yang bernama Lim Kit Siang boleh memimpin Negara yang bernama Malaysia ini.

Post a Comment

0 Comments