Recents in Beach

header ads

Lim Guan Eng Gila Kuasa - Rizal Mansor #LawanDAP #DAP

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datuk Rizal Mansor melabel Guan Eng sebagai seorang yang gila kuasa. Meskipun sudah di dakwa di mahkamah namun sehingga kini beliau masih memegang jawatan sebagai Ketua menteri Pulau Pinang. Guan Eng juga digesa melepaskan jawatan selaku Setiausaha Agung DAP yang disandangnya semenjak tahun 2004.

Datuk Rizal Mansur membuat gesaan ini kerana dari segi moral Guan Eng perlu melepaskan jawatan tersebut kepada orang lain walau apa jua alasan. Guan Eng mendakwa apa yang berlaku adalah masalah teknikal dan beliau tidak perlu lah meletakkan jawatan selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. 


Datuk Rizal menambah bahawa, Selaku Setiausaha Agong Parti DAP sepatutnya beliau perlu menghormati perlembagaan parti, memadai setakat Sembilan tahun sahaja.Ini jelas memperlihatkan Guan Eng seorang yang gila kuasa walaupun sudah di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Sikap “double standard” jelas dalam perkara ini. Apabila hal yang sama berlaku terhadap pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah, DAP dengan lentang meminta supaya melepaskan jawatan dan menuduh pemimpin itu bersalah meskipun mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

Datuk Rizal sempat mengakhiri kenyataannya dengan menanyakan satu soalan kepada semua rakyat Malaysia tidak kiran kaum dan latar belakang politik. Parti beginikah yang mahu diharapkan untuk membawa perubahan kepada Malaysia?.

Kesimpulan dari penuli; Para pemimpin DAP sememangnya telah di tanam dengan doktrin merapu ini. Apabila sesuatu perkara terjadi kepada mereka yang melibatkan soal moral dan intergriti maka ianya tidak mengapa kerana semuanya adalah masalah teknikal dan tidak perlu di perbesarkan. Namun apabila hal yang sama berlaku kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka dengan lantang bersuara, memboikot parlimen, turun kejalanan merusuh meskipun perkara tersebut tidak benar sama sekali dan masih belum dibuktikan kesalahan di mahakamah. 


Yang paling buruk perangai DAP adalah walaupun mahkamah memutuskan sesuatu dakwaan itu dengan keputusan tidak bersalah, mereka masih lagi menimbulkan dan memaikan isu tersebut supaya rakyat terus terpedaya dengan dakyah kotor mereka. Penulis bersetuju dengan persoalan Datuk Rizal Mansur, pemimpin dari parti inikah yang perlu kita sokong untuk mentadbir Negara kita Malaysia?

Post a Comment

0 Comments