Recents in Beach

header ads

Mahathir Bertaubatlah - Hadi Awang #LawanDAP #PPBM #PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya dari segi moral setelah menjadi blok ketiga dalam kancah politik negara. Meskpun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah. PAS telah menjadi hentaman daripada bekas sekutunya daripada Pakatan Harapan (PH) dalam pelbagai isu termasuklah juga asakan dari Barisan Nasional (BN). Namun demikian, Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu baru – baru ini adalah satu lonjatan moral kepada PAS. Ternyata parti itu masih mempunyai sokongan yang meluas.


Dalam kemelut politik tanahair yang dapat kita lihat, PAS kini meskipun telah menjadi blok pembangkang ketiga, namun ianya dilihat dan boleh ditafsirkan lebih mesra BN jika hendak dibandingkan dengan hubungan PAS dengan PH. Sehinggakan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendakwa, dengan menyokong PAS bererti sama seperti dengan memberi undi kepada BN dan minta PAS bertaubat.

Dalam hal ini, Presiden PAS telah menempelak Mahathir kerana beliaulah yang sepatutnya bertaubat kerana pelbagai perkara yang dilaksanakan olehnya sewaktu masih berkuasa dahulu telah menjadi penyebab kerosakan sistem negara seperti mengurangkan hak dan kuasa Melayu-islam dan Majlis Raja – raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator dan sehingga kini, tidak pernah sekalipun Mahathir meminta maaf kepada mangsa malah beliau masih tetap mempertahankan salah lakunya. 

Hal ini jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak jujur kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Niatnya boleh dibaca, hakikatnya Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib. Presiden PAS juga turut menjelaskan bahawa dengan mengundi DAP, PKR, Amanah dan Bersatu adalah mengundi untuk mengiakan kezaliman Mahathir. 

Pergeseran PAS dengan Amanah dan DAP telah menyebabkan Mahathir menuduh PAS amat benci kepada kedua parti ini sehinggakan Mahathir mendakwa PAS telah terpesong dari matlamat asal untuk menyelamatkan Negara.

Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHA) telah menjelaskan dan menafikan hal ini dan beliau menyatakan bahawa PAS tidak pernah meninggalkan dari matlamat asal semenjak ianya ditubuhkan lagi sebagaimana Fasal 5 Perlembagaan PAS. Apa yang membezakan dengan DAP ialah, PAS mahu selamatkan negara dengan islam bersama jaminan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan islam sebagai agama Persekutuan. Berbeza dengan DAP yang dengan jelas menentang fasal Perlembagaan ini malah dengan berani menentang usaha memertabatkan mahkamah syariah melalui pindaan RUU355.

Manakala parti Amanah pula, ianya tertubuh dengan restu DAP. Namun sehingga kini Amanah ternyata gagal dalam usaha meraih undi orang melayu, ini secara langsung telah menambah bebanan kepada DAP yang bercita – cita meneraju kepimpinan negara kelak apatah lagi barisan kempimpinan DAP yang terpalit sengan isu rasuah berbanding dengan PAS yang memerintah Kelantan hamper 27 tahun adalah kerajaan bersih tanpa rasuah dan telah diiktiraf sebagai pentadbiran berintegriti oleh agensi – agensi kerajaan yang membuat audit kepada pentadbiran kerajaan, meskipun tempoh pemerintahan PAS di Kelantan telah lama.

Bagi menghadapi PRU-14 nanti, PAS akan mengambil pendekatan tahalul siyasi dan ta’awun. Meskpiun hubungan politik PAS-UMNO sering dimainkan namun TGHA percaya dengan pendekatan sebegini ianya boleh dijernihkan. PAS bertahalul dengan parti – parti dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi BN dan PH. Pendekatan ta’awun diputuskan bagi hubungan dengan BN-UMNO, iaitu menyokong apa yang baik dan positif demi keutamaan islam dan melayu dan membantah apa yang negatif dan salah yang akan merugikan negara dan rakyat seperti GST, TPPA, DLP dan Akta 164.

Bagi menghadapi PRU-14, startegi PAS masih lagi rahsia dan berdasarkan maklumat dari akar umbi sasaran untuk memenangi 40 kerusi adalah realistik dan diyakini boleh dicapai. Sehubungan dengan itui dapatlah disimpulkan bahawa, PAS kini telah jelas matlamat politiknya dan tiada lagi kerjasama startegik dengan PH Cuma tidak dapat lari dari persoalan bagaimana PAS akan menyesaikan polimik penentangan 3 penjuru dalam PRU-14 kelak dan ditegaskan lagi oleh TGHA ianya masih lagi rahsia.

TGHA juga telah menjelaskan berkenaan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahawa, kedua – dua keputusan yang memihak kepada BN adalah kes tersendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan apa yang bakal di hadapi pada PRU-14 kelak. Ramai penganalisa politik sangat dipengaruhi dengan keputusan kedua – dua PRK ini. Hakikatnya ianya amat berbeza jelasnya lagi. 


Senario politik di kedua – dua tempat ini tidak mewakili keseluruhan senario politik di seluruh Negara. Ini disebabkan setiap kawasan ada ciri – ciri tersendiri, komposisi kaum juga berbeza, malah faktor calon, kedudukan kawasan di bandar dan di luar bandar, parti – parti yang bakal bertanding, isu – isu setempat juga berbeza. PAS bertegas, perjuangan untuk menjunjung akidah islam adalah intipati asas perjuangan PAS dan ianya selari dengan asas Perlembagaan Negara dan bukanlah semata – mata dengan hanya mempertimbangkan kemenangan dengan menganalisa berasaskan dua senario iaitu tiga penjuru atau dua penjuru.

Presiden PAS menjelaskan, bagi menghadapi PRU-14, PAS mempunyai lima kelebihan berbanding dengan PH untuk menewaskan BN. Yang pertamanya dan ianya dari dahulu lagi di tegaskan bahawa, dasar perjuangan PAS adalah islam dan tidak pernah sekalipun cuba untuk menjual prinsip ini demi meraih undi pilihanraya atau meskpun untuk kemenangan sementara kerana islam menjadi asas akidah perjuangan yang kukuh.

Kekuatan akar umbi PAS yang tidak dimiliki oleh pembangkang adalah kelebihan yang kedua PAS. Dengan 196 kawasan dan 7,063 cawangan di seluruh Negara, ternyata PAS mempunyai kelebihan dari segi ini. Kelebihan yang ketiga pula ialah dengan wujudnya Gagasan Sejahtera yang didukungi oleh parti – parti politik, NGO – NGO dan tokoh – tokoh masyarakat. Ini memperlihatkan PAS jelas kehadapan dari segi prinsip keadilan dan pilihan raya yang besih dalam mempastikan kemenangan yang mutlak dalam PRU-14 kelak kerana ianya selari dengan kehendak islam sebagaimana prinsip yang dijunjungnya. 

TGHA juga menambah, kelebihan yang keempat adalah dari segi intergriti dan membudayakan politik matang. Pas meninggalkan politik tegang dan kini mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Langkah ini menyebabkan PAS lebih mesra pengundi kerana secara tidak langsung akan mewujudkan keamanan serta kestabilan politik negara.

Manakala kelebihan yang kelima pula adalah dari segi faktor kaum melayu. Ianya bermaksud PAS adalah sebuah parti yang hakikatnya di sokong oleh orang melayu. Berbanding dengan PH. Di Malaysia undi teras politik adalah dari kalangan orang melayu. Setiap parti yang mahu menjadi pemerintah hakikatnya perlu mendapat undi melayu. Hal ini amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan Bersatu dan Amanah yang ternyata gagal untuk menarik minat orang melayu untuk mengundi PH. Cuma PAS pelu meyakinkan kaum bukan islam untuk bersama PAS khususnya kelompok mereka yang tidak fanatik perkauman dan agama, ujar TGHA.

Selepas PAS mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Rakyat yang kini lebih dikenali dengan Pakatan Harapan, maka sikap pengundi melayu khususnya terhadap PAS ternyata telah berubah. Ini disebabkan keputusan yang diambil adalah selari dengan dasar islam dan akidah perjuangan PAS. Sikap berani PAS menolak politik cauvanis perkauman serta berkaitan dengan pindaan Akta RUU-355 demi kepentingan orang islam telah membuahkan hasil. Dimana persepsi terhadap PAS telah mula berubah dan secara tidak langsung telah meningkatkan sokongan orang melayu kepada PAS.

Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diterapkan oleh PAS kini telah membuahkan hasil yang positif. PAS telah berjaya mendekati pengundi melayu-islam khususnya dan juga kaum bukan islam yang sederhana dalam pegangan politik mereka. PAS amat menyedari bahawa bukan semua kaum bukan islam menyokong DAP serta bersikap rasis dan perkauman. Maka dengan langkah memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, ternyata ianya telah membuahkan hasil, ujar TGHA lagi.

Pendekatan sebegini juga membuahkan keputusan yang amat baik, dimana hubungan yang terjalin kini diantara agensi kerajaan, penjawat awam, NGO dan pelbagai pihak lagi dapat diadakan dengan lebih tersusun dan mesra kerana ketegangan sudah reda, banteng atau halangan yang sebelum ini wujud telah berjaya dirobohkan apabila PAS mengambil pendekatan Membudayakan Politik Matang dan Sejahtera, apatah lagi PAS tidak lagi bersama BERSIH setelah mendapati matlamat asal BERSIH sudah menyimpang dari haluan sebenar.

Istiqamah ahli-ahli PAS dalam memperjuangkan dasar islam dan akidah perjuangan tidak boleh dibeli oleh sesiapa dan ini adalah tunjang utama kekuatan PAS meskipun PAS telah diasak dari segenap penjuru. Kekebalan serta kekentalan ahli – hali PAS dari dulu lagi untuk menegakkan akidah dan syariat islam tanpa mempedulikan segala cabaran dan halangan adalah bukti mengapa PAS masih kekal sehingga kini. Malah pimpinan PAS yang yang tidak istiqamah dan cuba mengubah haluan PAS akan di campak keluar oleh ahilinya sendiri kerana bagi mereka pemimpin boleh datang dan pergi tetapi ahli PAS yang ikhlas, setia dan tetap dalam perjuangan akan terus kekal dalam bahtera pelayaran PAS. 

Datuk Seri Haji Hadi telah diduga oleh Allah dengan ditimpa masalah kesihatan baru – baru ini. Namun ianya bukanlah satu halangan kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Setiap mesyuarat dan program – program parti telah dihadiri oleh beliau secara beransur – ansur setelah kesihatannya semakin baik. 

Cadangan dan hasrat DAP untuk bertanding di Kelantan bukanlah isyarat perang terhadap PAS atau UMNO malah ianya adalah membuktikan amalan demokrasi di negara kita ini amat baik, kerana mana- mana parti politik yang berdaftar di negara kita ini layak untuk bertanding asalkan bukan di Pulau Kapas atau di Pulau Bidong yang tidak berpenghuni selorohnya.

TGHA turut mengulas berkenaan Himpunan Fastaqim 2.0 dimana beliau merasa amat terharu dengan kehadiran peserta khususnya anak - anak muda. Ini jelas memperlihatkan masa depan PAS sangat cerah. Beliau memuji penglibatan anak- anak muda dalam perhimpunan tersebut yang ternyata amat berminat dan berani hadir serta turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

PAS hari ini berbeza dengan PAS yang dahulu. Hal ini disebabkan PAS kini di anggotai oleh beribu profesional muda yang tampil memperkemaskan pasukan profesional yang sedia ada. Rintitan daripada itu PAS tidak ketandusan pasukan untuk membuat analisa berkaitan potensi pilihan raya dan gerak kerja parti lain dan kini PAS mempunyai persediaan pilihan raya yang lebih lengkap dan menyeluruh dengan adanya para profeional muda ini, ujar TGHA. 

Kesimpulan dari penulis, PAS lebih mesra BN namun ianya bukanlah alasan untuk BN mengambil mudah akan hal ini kerana dibimbangi berlaku hal yang sebaliknya kelak apatah lagi pimpinan PAS serta penyokongnya yang totok masih membenci UMNO-BN. Mankala Tun Mahathir bukanlah ancaman yang sebenar kerana beliau lebih memperjuangkan agenda sendiri. Yang perlu di beri perhatian adalah DAP kerana sikap mereka yang melampau dan amat rasis sehinggakan langsung tidak mempedulikan prisnsip – prinsip asas kemanusian demi perjuangan untuk mencapai matlamat utama mereka iaitu mengambil alih Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments