Recents in Beach

header ads

MCA Nafi Beri Tawaran Pinjaman Melalui WhatsApp #MCA

Ibu pejabat Parti MCA hari ini telah mengingatkan kepada ahli ahlinya termasuk orang awam untuk berhati hati dengan tawaran pinjaman palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui Aplikasi WhatsApp yang menyatakan bahawa ahli ahlinya boleh memohon pinjaman tanpa interest dengan hanya memberikan no ahli. 


Perkara ini telah menarik perhatian pihak ibu pejabat MCA kerana di fahamkan ahli ahlinya telah menerima mesej tersebut yang menyatakan dengan jelas akan perkara tersebut yang seolah olah pihak MCA sendiri yang menyebarkan maklumat pinjaman tersebut.

Ibu pejabat MCA juga menjelaskan bahawa pihak MCA tidak pernah menyebarkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan pinjaman tanpa interest kepada ahli – ahlinya. Sehubungan dengan itu pihak MCA akan membuat laporan polis berkaitan dengan perkara ini.

Ibu pejabat MCA juga memberitahu bahawa hal ini bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini satu mesej juga telah di tularkan yang menyatakan MCA telah menyediakan pinjaman bagi membantu para usahawan – usahawan dari kalangan ahli – ahlinya untuk membesarkan perniagaan mereka.

MCA menyatakan bahawa mereka tidak pasti apakah motif disebalik mesej – mesej yang sebegini yang seolah olah ada agenda di sebaliknya oleh pihak berkepentingan . Walaubagaimanapun hal ini langsung tidak menjejaskan imej parti MCA. 

Pihak parti MCA menyeru kepada setiap ahli ahlinya agar mengesahkan dahulu setiap mesej yang di tular dan memeriksa akan kesahihannya bagi mengelakkan supaya ahli – ahli MCA tidak terjebak ke dalam masalah kewangan kelak.

Baca : http://www.beritadaily.com/mca-warns-members-against-fake-news-on-loans/

Post a Comment

0 Comments