Recents in Beach

header ads

Melayu Diperkudakan DAP - Annuar Musa #TSAM #LawanDAP #DAP

UMNO parti keramat Melayu. Dan ini disedari oleh DAP sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966. Oleh kerana itu lah, DAP kini makin rancak mempergunakan orang melayu demi menjatuhkan dan memusnahkan UMNO. UMNO parti yang membela nasib melayu. Parti yang membawa kepada kemerdekaan.

Meskipun nampak mesra, nampak ramah namun jangan terpedaya. Ideologi, agenda dan mind set mereka tidak akan pernah berubah daripada memusnahkan melayu. Lihat saja apa yang terjadi kini di Pulau Pinang. Kampung-kampung melayu yang asalnya disitu kini makin lama makin pupus. Dihalau dari tanah sendiri, dirobohkan rumah tanpa belas. Yang tinggal hanya nama kampungnya sahaja. Adakah ini parti yang mahu diangkat sebagai kerajaan?? Rumah mampu milik kononnya dibina tetapi kini menjadi rumah mampu tengok.

Tidak kira berapa panyak pakatan yang DAP cipta dari parti Semangat 46, PAS, PKR dan terkini Parti Bunga Tun M, misinya tetap tidak berubah. Memastikan ketuanan Melayu Islam di bumi Malaysia ini dihapuskan. Memastikan puak mereka menjadi pemimpin negara ini. Memastikan mereka mempunyai kuasa di Malaysia ini. Lebih -lebih lagi dua beranak Lim itu.

Namun, usaha mereka kian musnah dek kerana sikap angkuh, biadap dan tidak menghormati kawan pakatan mereka itu. Perkara yang sama juga berlaku, sembunyi tangan dalam pakatan. Itu yang sentiasa dibuat oleh DAP.


Walau segah mana pun lakonan dan drama DAP, mereka tetap akan pastikan cita-cita mereka tercapai. Sama juga semasa berada di dalam pakatan bersama-sama PAS. Tidak pernah sefahaman, tidak pernah sekepala. Ini kerana sikap DAP yang sentiasa menentang agenda Islam PAS. Walaupun duduk dibawah satu bumbumng pakatan, namun tidak bermana mereka bergerak seia sekata.

Contoh paling jelas kita dapat lihat hari ini ialah pergolakan yang berada di Selangor. PAS yang bersama-sama PKR dan DAP dalam keadaan kontroversi yang akhirnya memberi kemenangan kepada DAP.

DAP berjaya membuat rakan pakatannya mengikut telunjuk mereka. Seperti ketidak beranian Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dalam melarang pesta arak untuk dilaksanakan di negeri pimpinan beliau itu. Walau cuba berdolak dalik, namun akhirnya dia terpaksa akur kepada ketua de facto pembangkang itu.


Tan Sri Annuar Musa sempat menyampaikan pesanan agar Melayu sentiasa ingat bahawa :

“Dengan DAP tidak boleh berkompromi, pendekatan pe­cah perintah sejak dahulu lagi DAP gunakan. Malah, saya selalu kata tidak akan tumbang kayu kalau tak kerana kayu dan orang Melayu tidak akan jatuh atau lemah kalau tidak dilemahkan orang Melayu sendiri.

“Jadi, konsep itu sudah mula digunakan oleh DAP sebab mereka tahu sejak ditubuhkan sampai sekarang mereka tidak dapat memberi ancaman kepada kekuatan UMNO,”

Post a Comment

0 Comments