Recents in Beach

header ads

PAS Diramalkan Berkerjasama Dengan UMNO - Annuar Musa #TSAM

PAS diramalkan akan bekerjasama dengan UMNO dari masa ke semasa. Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO. Hal ini kerana, PAS dan UMNO mempunyai DNA yang sama.

DNA yang dimaksudkan beliau ialah matlamat PAS dan UMNO untuk memperjuangkan kepentingan agama Islam serta orang Melayu. Walalupun PAS berbeza idealogi dengan UMNO.

Setelah berlaku perubahan dengan pucuk kepimpinan PAS, kini mereka dilihat mencari titik persamaan dan sefahaman dengan UMNO berbeza pada oucuk kepimpinan yang terdahulu. Dahulu, PAS seteru UMNO yang sering mengkritik UMNO bahkan mencari perbezaan anatara dua parti itu.

Beliau turut menyifatkan bahawa selama mana pun PAS berjalan, pasti akan menjumpai titik pertemuan. Dan titik pertemuan itulah yang akan diraikan bersama.

Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa kerjasama ini tidak bermaksud PAS akan sertai UMNO ataupun sebaliknya. Namun kerjasama ini mementingkan matlamat perjuangan bersama.



Dialog Perjuangan 4 All di Balik Pulai, Program itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan Prof Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai moderator.

Post a Comment

0 Comments