Recents in Beach

header ads

Penumpang Dicaj RM950, Suspek Ditahan #SPAD

Dua penumpang warga Bangladesh diugut oleh pemandu teksi dengan bayaran tambang sebanyak RM950 untuk perjalanan jarak kurang 10km.

Mereka baru tiba dari Kuala Terengganu, dihampiri suspek di KL Sentral yang sedia menghantar ke Setapak dengan caj RM50 seorang. Akan tetapi selepas tiba di kawasan itu, pemandu teksi itu sebaliknya meminta bayaran tambang RM950 sebagai tambang perjalanan tersebut.

“Saya bertengkar dengan dia namun pemandu teksi itu tetap berkeras dan mengunci pintu teksi berkenaan.” kata mangsa. 

Dalam insiden Sabtu lalu, mangsa bagaimanapun terpaksa membayarnya kerana bimbang terdapat ada senjata tumpul (kayu dan batang besi dalam kenderaan itu).

Mereka diancam akan dipukul jika mengambil nombor pendaftaran teksi itu sebelum mereka membuat aduan di balai polis Salak Selatan.

Sementara itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan pemandu lelaki 30-an itu.

Kepada segelintir pemandu yang berperangai begini dan mencipta imej yang buruk kepada pengusaha lain yang bergantung hidup dalam perkhidmatan ini, jika nak jadi samseng jangan lah jadi pemandu teksi.

Pelancong dan pendatang asing mudah menjadi mangsa terhadap segelintir "duta negara" yang secara tidak langsung memberikan persepsi buruk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam ini. Diharap suspek diadili dengan undang undang yang sedia ada dan menjadi contoh kepada yang lain. 

Syabas SPAD!

Pengawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan pemandu teksi, yang memaksa penumpang bayar RM950, dalam operasi malam kelmarin. ― Foto ihsan Facebook


KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGENALPASTI DAN MEMBERKAS SUSPEK YANG TERLIBAT DALAM KES PEMERASAN PENUMPANG

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2017 – Satu pasukan khas dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengenalpasti pemandu yang terlibat dalam suatu kes pemerasan penumpang yang dilaporkan kepada polis pada 18 September 2017. Pemandu tersebut diberkas oleh SPAD pada 5 Oktober 2017. 

Pihak SPAD telah mengarahkan pemandu dan pengendali yang terlibat untuk memberi keterangan di Pejabat SPAD. Teksi yang berkenaan juga telah disita untuk membantu siasatan.

Pemandu tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Manakala pengendali teksi yang terlibat sedang disiasat di bawah Seksyen 22 Akta tersebut, dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kenderaan boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 80 Akta tersebut.

-Tamat -

Bagi pertanyaan media:

Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Tel : +603 2726 7000/Fax: +607 2726 7300
E-mel : communications@spad.gov.my

Post a Comment

0 Comments