Recents in Beach

header ads

#SPAD Nafi Kenyataan Tender Palsu Tular Di Media Sosial!

Media sosial medium yang dimanfaatkan untuk kebaikkan bakal memberikan nilai nilai positif dalam kehidupan manusia, apabila ia disalahgunakan ia memberikan kesan jangka masa panjang yang merosakkan pemikiran dan secara tidak langsung mencemarkan dan mengundang suasana tidak baik dalam masyarakat kita.

Penyebaran bahan tidak bersumber dan tidak benar menjadi tabiat buruk yang secara sedar atau tidak. Baru baru ini ada sekeping gambar yang kononnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menawarkan sebuah tender kepada satu syarikat yang bernilai puluhan jutaan ringgit.

Dan SPAD telah membuat penafian secara bertulis di laman sesawang Facebooknya menafikan akan perkara itu. Tindakkan tidak bermoral individu yang memalsukan dokumen berkenaan adalah sesuatu tidak boleh diterima.




Cacatan dari Facebook rasmi SPAD :

HARAP MAKLUM

Kenyataan tender yang dipaparkan di gambar ini telah disebarkan melalui media cetak dan sosial media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kenyataan tender ini adalah palsu. 

Untuk senarai kenyataan tender yang rasmi daripada SPAD, sila layari http://www.spad.gov.my/tenders

Post a Comment

0 Comments