Recents in Beach

header ads

Tidak perlu bimbang UMNO-PAS bersatu - Annuar Musa #TSAM

Rakyat Malaysia tidak sepatutnya gusar jika ada kerjasama politik diantara UMNO dan PAS bagi negeri Kelantan pada PRU14 nanti sekiranya tujuannya untuk satu agenda membantu rakyat negeri tersebut dalam penyelarasan dasar oleh pemerintahan pusat.


DAP membawa ideology Anti-Islam yang sewajarnya diberi perhatian seperti yang lahirkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Bicara Minda dan Dialog "Perjuangan For All" di Politeknik Kok Lanas yang mana DAP sememangnya mahu UMNO dan PAS bertelagah sesama sendiri dalam agenda mereka menakluk pemerintahan kerajaan hari ini. Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

TSAM menyatakan UMNO dan PAS mampu menemui titik persamaan kerana ukhwah sesama Islam jika dirujuk kembali dalam perjuangan memdaulatkan Islam dinegara ini hanya parti UMNO dan PAS konsisten dalam perjuangan itu, berbeza dengan PPBM, PKR dan AMANAH yang hanya rektorik politik tanpa ada satu pegangan yang berlandaskan Agama Islam.

DAP menggunakan PPBM, PKR dan AMANAH sebagai agen pemecah belah orang Melayu Islam dan ianya jelas dalam tindak tanduknya seperti baru baru ini dalam Isu Pesta Arak “ Better Bear Oktoberfest” tidak ada satu bantahan daripada pemimpin Islam dari Pakatan Harapan yang memberikan kata putus lantaran hidung dicucuk oleh DAP ibarat kerbau.

Ada yang menunding jari kepada PAS Selangor dalam Isu Arak tersebut, PAS mendakwa mereka masih kekal menganggotai pemerintahan Kerajaan Selangor adalah dari mandat rakyat. Mereka menegaskan apa akan jadi pada Selangor sekiranya mereka keluar dari pemerintahan negeri yang kini jelas semua tindakan dan penentunya dipengaruhi DAP!

Post a Comment

0 Comments