Recents in Beach

header ads

7 Mati Dalam Banjir ADUN DAP Mogok Lapar? #lawanDAP #Perjuangan4All #KekalNajib

Kerana kecewa di atas tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang menyebabkan kematian 11 nyawa serta tragedi Pulau Pinang dilanda banjir, maka ADUN Tanjung Bungah Tan Yee Cheu dari parti DAP bermogok lapar sebagai tanda protes bagi kedua-dua musibah yang berlaku.

Beliau memulakan mogok lapar bermula dari jam 7 pagi sehingga jam 7 petang pada 6 November, sebagai demi memperingati 11 mangsa yang meniggal dunia akibat kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober lalu dan juga demi 7 orang yang kehilangan nyawa semasa banjir besar pada 4 dan 5 November.

Kelantangan beliau menyuarakan kebimbangan dan bantahan berkenaan pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang tidak dihiraukan oleh kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng, termasuk pernah menghantar bantahan terhadap pembinaan strata di lereng bukit Tanjung Bungah yang akhirnya berlaku tragedi tanah runtuh baru - baru ini. 

Sehubungan dengan itu Yee Cheu memohon maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang dan menambah kemungkinan hal ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak menyedari kemungkinan kecuaian mereka, meskipun langkah yang amat berhati – hati telah di patuhi. 

Yee Cheu terus mendesak supaya kerajaan DAP Pulau Pinang segera menghentikan projek kediaman di lereng bukit Tanjung Bungah sehingga menemui penyelesaian yang selamat. 

Meskipun mogok lapar selama 12 jam atau seminggu sekalipun nescaya kerajaan DAP tetap dengan keegoannya. Mereka peduli apa dengan bantahan rakyat, hatta menerima bantahan dari kalangan ahli mereka sendiri. Pokoknya agenda mengaut keuntungan serta mengkayakan kroni – kroni mereka tercapai.

ADUN Tanjung Bungah Tan Yee Cheu

Post a Comment

0 Comments