Recents in Beach

header ads

Asrama Pendatang Asing Untuk Taukey Taukey DAP? #KekalNajib #LawanDAP #TolakPakatanHarapan

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah meluluskan projek pembinaan asrama 285 unit bagi menempatkan 6,000 pekerja asing dari pelbagai negara. Perkara ini juga telah diumumkan oleh kerajaan negeri pada Mac lalu.

Impak dari pembinaan ini, ianya akan mengundang masalah sosial di perkampungan Juru yang mempunyai 5,000 penduduk malah kesan yang lain pula, ianya bakal menyebabkan masalah trafik yang lebih teruk di Jalan Juru dan kawasan sekitar.



Datuk Patrick Ooi selaku Presiden penang Front Party (PFP) telah memaklumkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan keselamatan dan keselesaan rakyat apabila tetap meneruskan pembinaan asrama ini meskipun para perniaga dan penduduk setempat telah membuat aduan perihal perkara ini semenjak ianya diketahui umum 5 tahun dulu.

Ooi juga berkata bahawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wei juga telah menyatakan bantahan bersama dengan penduduk setempat berkenaan hal ini, apatah lagi projek ini kelak akan dibina di atas tanah seluas 2.6 hektar yang juga merupakan kawasan tadahan air bagi mengurangkan masalah banjir kilat yang kerap melanda Juru dan dipercayai kawasan tadahan air itu akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek ini. Namun sebagaimana biasa, ianya tidak diambil peduli oleh kerajaan Pulau Pinang.

Akibat dari sikap yang memetingkan diri sendiri yang berpaksikan kepada keuntungan kewangan peribadi semata - mata tanpa mempedulikan kepentingan rkayat, masalah di Juru akan berlarutan malah akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Ooi memaklumkan akan menyerahkan surat kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat bagi menuntut penjelasan lebih terperinci berhubung dengan projek tersebut dan sekiranya tiada maklum balas, beliau bersama penduduk setempat akan mengadakan demonstrasi besar – besaran untuk mendesak agar kerajaan negeri menutup tapak pembinaan ini. 

Untuk makluman projek pembinaan asrama ini adalah yang kelima selepas di Bukit Minyak, Juru, Pematang Tinggi danTambun yang semuanya dibina dalam radius 10 kilometer (km). Pembinaan asrama ini telah d bangunkan oleh pemaju dari Singapura.

Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan yang paling pelik sekali di dalam dunia. Mereka tidak peduli masalah rakyat apatah lagi aduan – aduan dari pandangan mereka hanya bersifat politik. Bila sesuatu kejadian berlaku akan menunding jari kepada orang lain dan mencipta bukti –bukti retorik mereka asalkan mereka dilihat tidak bersalah dan sentiasa kelihatan hebat. Amat malang kepada rakyat Pulau Pinang sekiranya PRU-14 kelak kerajaan DAP terus memerintah.

Post a Comment

0 Comments