Recents in Beach

header ads

DAP Cuba Salahkan Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Dalam Isu Banjir. #LawanDAP #Pray4Penang #SavePenang #KekalNajib

Ahli Parlimen Cheras dari DAP, Tan Kok Wai telah mendakwa pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia telah gagal memaklumkan kepada rakyat untuk persediaan menghadapi banjir di utara terutama di Pulau Pinang. Beliau membuat dakwaan ini dalam soalan tambahannya sewaktu sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada hari Isnin. 


Namun ianya telah di nafikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu dan menempelak Kok Wai sebagai seorang yang tidak mengikuti maklumat terbaru sebagaimana yang disiarkan melalui media massa.


Abu Bakar juga dengan sinis menyatakan bahawa Yang Berhormat Cheras tidak menonton televisyen dan hanya mengetahui banjir bila ianya sudah berlaku. MOSTI menafikan bahawa mereka tidak mengeluarkan amaran awal. Hakikatnya MOSTI telah mengeluarkan amaran tahap jingga yang kemungkinan hujan luar biasa bakal melanda utara Semenanjung pada 4 Noveber sekitar jam 6 petang menerusi televisyen.

Selain daripada itu MOSTI melalui Jabatan Meteorologi juga telah menyebarkan amaran hujan lebat peringkat kuning akan berlaku di beberapa negeri menerusi televisyen pada 1 November lalu serta melakukan pemantauan untuk memaklumkan kepada rakyat berkenaan ramalan hujan lebat akan berlaku satu dua hari lagi daripada tarikh tersebut, tambah Abu Bakar lagi.

Lim Guan Eng Yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (TPM) pada awal pagi Ahad untuk memohon bantuan dihantar segera, ini kerana kejadian banjir yang berlaku disifatkan sebagai bencana terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak berkeupayaan untuk mengatasi secara bersendirian bagi menghadapi bencana terburuk di negeri itu yang sehingga kini telah mengorbankan 7 nyawa.

DAP sebolehnya akan menyalahkan kerajaan dalam apa jua isu meskipun kesilapan jelas dari pihak mereka. Maka tidak hairanlah hampir kesemua mereka akan memperlihatkan perangai bodoh sombong mereka dan tidak akan sekali – kali mengaku akan kesilapan mereka.

Keajaiban yang berlaku pada pagi Ahad lalu yang mana salah seorang pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Guan Eng yang juga selaku Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang memohon bantuan dari kerajaan melalui TPM hanya berlaku sekali dalam 10 juta, Percayalah.

Post a Comment

0 Comments