Recents in Beach

header ads

Kes Saman Hadi Awang : Clare Dan Ambiga Penipu Besar? #Perjuangan4All #KekalNajib

Tindakan S.Ambiga, bekas Pengerusi Bersih 2.0 yang sekadar menceduk khabar angin dengan memberikan maklumat palsu kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, berkaitan dengan dana yang diterima oleh PAS amatlah dikesalkan kerana ianya tidak benar sama sekali. 

Tindakan Ambiga ini amat mengecewakan PAS. Naib Presiden, Idris Ahmad turut membidas Clare kerana telah menyiarkan artikel berkenaan meskipun ianya hanyalah khabar angin. PAS mendesak agar Datuk S Ambiga memohon maaf atas perkara ini dan mendesak beliau agar menjelaskan berhubung dengan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report yang menyatakan segala sumber dan maklumat diperolehi darinya.

Idirs Ahmad turut menempelak Sarawak Report kerana menyiarkan berita bersandarkan kepada sumber yang tidak benar dan jelas memperlihatkan intergriti Sarawak Report telah jatuh, kerana sebelum ini dalam isu kemasukan RM2.6 Billion ke dalam akaun, mereka boleh jejak maklumat dari DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat), namun dalam hal ini mengapa mengambil maklum hanya dari khabar angin Ambiga. 

Ambiga yang juga sebagai seorang peguam kena beritahu dan kalau terbukti ianya tidak betul, beliau perlu minta maaf. Ambiga yang memperlihatkan beliau adalah seorang pejuang intergriti dan soal kebenaran dan pilihanraya umum bersih, tetapi dalam perkara ini memperllihatkan keadaan sebaliknya. Ujar Idris Ahmad lagi.

Clare sememangnya disifatkan mempunyai niat jahat untuk memburukkan imej PAS kerana mengeluarkan berita berhubung dana tersebut dan lebih buruk lagi imej islam PAS telah turut sama terjejas. Hal ini disebabkan persepsi (kononnya) PAS bersembunyi di sebalik imej islam bagi membuat kerja – kerja yang tidak betul.

Clare telah menuduh wang yang berjumlah melebih RM200 juta telah dipindahkan kepada bekas timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2004, dan wang tersebut dikhabarkan untuk kegunaan bagi membiayai satu kumpulan dalam PAS.

Dalam perkara berkaitan, Clare dalam pembelaanya terhadap saman oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menamakan Ambiga sebagai orang yang membekalkan makluman. Clare juga telah mendakwa bahawa beliau telah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2006 berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan PAS.

Sarawak Report sememangnya berniat jahat kerana setiap artikel – artikel yang disiarkan adalah 100 peratus bohong dan tidak perlu di nafikan sememangnya wujud pihak yang berkepentingan yang membiayai Sarawak Report khususnya kepada Clare. Sarawak Report juga sebenarnya adalah akhbar atau portal sampah dan persoalannya, Adakah Ambiga ini balaci kepada Sarawak Report?.

Post a Comment

0 Comments