Recents in Beach

header ads

LGE Hanya Pandai Bercakap Kosong - Wee Ka Siong #MCA #LawanDAP

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya pandai bercakap kosong serta mempolitikkan isu untuk agenda mereka. DAP hakikatnya tidak berupaya menyelesaikan banyak isu yang dihadapi rakyat termasuk pendidikan cina malah parti pembangkang itu juga secara berterusan tidak konsisten dalam pendiriannya dalam banyak isu. Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semasa beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-53 Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini.

Wee juga berkata bahawa cara Lim Guan Eng menonjolkan diri adalah berniat untuk membuatkan MCA kelihatan bodoh yang bertujuan untuk memancing undi, tetapi hakikat yang sebenarnya Guan Eng sentiasa cemburukan MCA. Semenjak DAP mentadbir Pulau Pinang pada 2008, beliau telah memperjudikan kehidupan rakyat dan masa depan negeri itu sendiri. 

Wee memberi contoh kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah bulan lepas. DAP meletakkan kesalahan dan tanggungjawab tragedi tersebut kepada kerajaan sebelumnya dengan mengaitkan dengan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) yang terletak berdekatan dengan lokasi targedi. Ini jelas DAP sanggup membuat apa sahaja untuk mempertahankan agenda politik mereka dan akan senantiasa memperlihatkan diri mereka sebagai orang ‘alim’ yang tidak pernah melakukan ‘dosa’.


Dalam majlis tersebut, Wee menyatakan dan memperakui bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan dan transformasi yang inklusif dan memanfaatkan semua komuniti. 

Beliau berjanji dan berikrar bahawa MCA akan berjuang sehabis mungkin dalam pilihan raya umum ke 14 kelak bagi mempastikan lebih banyak kerusi dimenangi oleh MCA dan menggesa Pemuda MCA untuk lebih pragmatik dan praktikal dalam usaha mendekati golongan muda serta membantu memperkasakan mereka dari sudut ekonomi seperti mana yang telah digariskan dalam 10 Strategi Hala Tuju Ekonomi MCA yang telah dilancarkan pada 2015.

Dalam majlis yang sama. Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan bahawa, pentadbiran BN telah merangka hala tuju dan masa depan yang baik untuk rakyat Malaysia khususnya dalam usaha memperkasakan generasi akan datang di era digital dengan memberikan contoh Zon Perdagangan Bebas digital (DFTZ) dan Transformasi Negara 2050 (TN50).

DAP sering memperlihatkan mereka sebagai sebuah parti yang hebat dan acapkali melaungkan akan sentiasa membela rakyat. Namun hakikatnya hanya wayang politik mereka sahaja bagi meraih undi dengan bertujuan untuk terus kekal mentadbir bagi kepentingan temolok mereka sendiri. 

Manakala MCA dilihat sebagai alternatif terbaik kaum cina untuk bergantung harap kerana mereka lebih ikhlas dan berperinsip dalam memperjuangkan kepentingan kaum cina dinegara ini dan ianya selari dengan agenda BN untuk melestarikan rakyat dan mengharmonikan kaum seiring dengan pembangunan negara yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2050 kelak.

Post a Comment

0 Comments