Recents in Beach

header ads

MCA Optimistik Menang Banyak Kerusi Pada PRU14 - Liow Tiong Lai #MCA #PRU14

Datuk Seri Liow Tiong Lai Presiden MCA optimistic terhadap sokongan masyarakat Cinta kembali meningkat kepada Barisan Nasional dan parti itu dalam memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU14 akan datang. Ini berdasarkan tinjauan dan maklum balas yang diterima di peringkat akar umbi dan undi masyarakat Cina akan kembali bertambah kepada Kerajaan hari ini.

Liow juga memberitahu bahawa MCA kini sedang berusaha kerasan dan mempunyai pasukan yang mantap, manakala pula pembangkang kini kian berpecah belah kerana kini tanpa tujuan dan visi yang tersusun. Pihaknya kini sedia menggempur dan memenangi semula kerusi yang telah terlepas pada PRU13.

Dalam menghadapi PRU14, MCA amat memahami akan keperluan dan kehendak kaum Cina masa kini dan MCA akan melaksanakan pelbagai plan stategik dan strategi bagi mendekati mereka mereka terutamanya golongan muda belia yang merupakan majoriti pengundi pada PRU yang akan datang.

MCA mempunyai makenisma untuk mendekati mereka malahan MCA mempunyai institusi pendidikan bagi golongan muda untuk melibatkan diri dalam agenda pembinaan negara ini kata Datuk Seri Liow Tiong Lai

Cabaran ini adalah daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan Parti MCA meningkatkan usaha dan memperkasakan MCA untuk menambah sekurang kurangnya 15 kerusi pada PRU14 berbanding tujuh yang dimenangi pada PRU13. Penambahan kerusi Parlimen itu perlu bagi memasktikan masyarakat Cina terus mempunyai suara dalam Kerajaan pimpinan Barisan Nasional serta memastikan keperluan dan kepentingan kaum Cina terjaga.

MCA bakal menampilkan muka muka baharu dan beberapa penyandang bakal digugurkan untuk memastikan agenda meremajakan MCA berhasil dan memberi idea idea baru dari dalam parti tersebut.

Ucapan ini dizahirkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-64 yang berakhir semalam di Wisma MCA di Kuala Lumpur, dan turut meluluskan 15 resolusi merangkumi lima aspek - hal ehwal parti, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.

Pelan Tranformasi Nasional 2050 (TN50) antara resolusi yang mendapat sokongan sebulat suara daripada 1526 perwakilan.

Post a Comment

0 Comments