Recents in Beach

header ads

MCA Serah Kerusi Roda Simbolik DAP ‘Tenat’ #MCA #LawanDAP

Berdasarkan kepada keadaan semasa, kerajaan Pulau Pinang kelihatan sakit tenat dan perlu mendapatkan rawatan segera. Kenyataan sinis ini ditujukan oleh Dr. Tan Chuan Hong iaitu Setiausaha MCA negeri Pulau Pinang. 

Pada masa yang sama parti MCA menyerahkan kerusi roda kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai simbolik kepada kerajaan negeri yang disifatkan ‘sedang sakit tenat’. Hal ini disebabkan kerajaan negeri sering bertindak bertentangan dengan prinsip yang kononnya diperjuangkan mereka.


Chuan Hong juga menambah bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang cakap tak serupa bikin, kononnya mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam pada itu Chuan Hong turut menyertai demonstrasi aman bersama-sama penduduk di hadapan Tol Sungai Nyior, Seberang Perai. Tol berkenaan adalah bukti nyata pembohongan kerajaan DAP yang berjanji akan menghapuskan tol apabila memerintah. 

Tetapi sehingga kini iaitu selepas sembilan tahun memerintah Pulau Pinang kadar tol masih dikekalkan sebagaimana terdahulu dan memberi alasan kononnya konsesi tol berkenaan berada di bawah Kerajaan Pusat.

Ini jelas membuktikan mereka tidak memetingkan kebajikan rakyat malah segala janji-janji terdahulu hanyalah untuk mendapatkan undi rakyat, tambah Chuan Hong lagi.


Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan sahaja ‘Sakit Tenat’ namun perlu ‘di kebumikan’ terus dari bumi Pulau Pinang. Sekiranya dibiarkan dibimbangi ianya akan sukar diubati. Malah kini telah menunjukkan tanda-tanda DAP di Pulau Pinang ‘mahu meninggal’ dan semoga hal ini akan menjadi kenyataan. Kepada Rakyat Pulau Pinang janganlah terus menjadi ‘ubat’ kepada ‘pesakit ini’, kelak merekalah yang rugi.

Post a Comment

0 Comments