Recents in Beach

header ads

Perhimpunan Agung MCA Focus Pada PRU14 #MCA #PRU14

Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU adalah perkara yang menjadi focus kepada 2,400 orang pewakilian MCA Pusat yang berhimpunan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-64.

AGM pada kali ini antara terpenting kerana ia akan menzahirkan perpaduan dan kesiapsiagaan anggota parti dalam memacu jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang bakal tiba.

Langkah pemulihan parti menunjukan kesan positif dan usaha besar besaran telah dilaksanakan untuk meremajakan visi dan misi MCA dibawah kepimpinan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA menghadapi tugas getir untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya meraih kembali semula undi dan minda pengundi kaum Cina.

Parti terbesar kaum cina dalam Barisan Nasional ini mengalami dua ujian getir pada piliharaya umum pada 2008 dan 2013, mengurangkan penguasaannya daripada kemenangan selesa 31 kerusi parlimen dan 77 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam pilihan raya umum 2004 kepada hanya tujuh kerusi parlimen dan 11 DUN pada Mei 2013.

Malahan ujian tersebut membenamkan MCA kedalam krisis kepimpinan berpanjangan yang memburukkan lagi reputasi parti tersebut. Pertelingkahan dan saling salah menyalahkan diantara sesama ahli akhirnya MCA berhadapan dengan penolakan oleh komuniti Cina dan peluang keemasan ini diambil parti pembangkang dengan mengeruhkan lagi keadaan dan secara total menjejaskan imej parti.

Akhirnya pada Disember 2013, Datuk Seri Liow Tiong Lain menggalas tugas sebagai Presiden MCA tanpa berlengah lagi usaha keras dilaksanakan untuk menyatupadukan semula parti yang telah terjejas ekoran perbalahan dalaman selama bertahun tahun.

Setelah krisis dalaman parti berjaya dikawal dengan baik, Liow dan pasukannya berjaya melakar hala tuju dan visi yang baru lagi jelas untuk memperkasakan parti, ia merangkumi aspek politik, ekonomi, sosio ekonomi dan pendidikan.

MCA memberi tumpuan seratus peratus dalam usahanya tanpa kenal erti penat dan jemu untuk meraih kembali hubungan dengan komuniti Cina, memahami, mendekati dan menterjemahkan pemintaan mereka dalam perbuatan dan tindakkan dalam masa yang sama menjadi suara dalam membangkitkan isu yang berkaitan dengan komuniti untuk perhatian pihak kerajaan.

Pada tahun lepas, MCA meminda sistem pengundian pemilihanya dengan memberikan hak mengungi kepada kira kira 30,000 perwakilan bahagian untuk memilih kepimpinan pusat ianya satu penghormatan dan pengiktirafan kepada ahli MCA dibahagian kerana sebelum ini secara tradisinya pemilihan tersebut hanya dinikmati oleh perwakilan pusat sahaja tidak kepada pewakilan bahagian.

Dalam membantu meningkatkan peluang perniagaan bagi komuniti Cina di dalam dan luar negara MCA bertekad dalam usahanya bersungguh sungguh memastikan pendidikan Cina di negara ini diberikan dengan yang sewajarnya dan hal ini mendapat perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara contoh, Pada September lalu dalam acara perhimpunan Patriotik Kaum Cina yang dihadiri oleh 30,000 orang Cina PM mengakui sumbangan kaum Cina dalam pembangunan dan pembinaan negara ini. Malah PM berjanji akan meluluskan lebih banyak sekolah Cina terutama di kawasan pertumbuhan baharu bagi memenuhi permintaan komuniti berkenaan. Pada minggu lepas kerajaan telah meluluskan pembinaan 10 lagi buah sekolah kebangsaan Cina di Johor dan Selangor.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan AGM itu pada pagi Ahad.

Ini merupakan 'himpunan keluarga' MCA yang terakhir sebelum negara mengadakan pilihan raya umum ke-14 dan ucapan perdana menteri selain presiden MCA semestinya akan menarik sepenuh tumpuan oleh kerana kehebatannya bagaikan 'paluan gendang perang' bagi anggota parti untuk terus mara dalam usaha mendapatkan semula kepercayaan yang hilang daripada genggaman sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments