Recents in Beach

header ads

SPAD Buru Pemandu Lori #SPAD #BetterNation

'Lori hantu' bawa lebih muatan akan diambil tindakan!

Baru baru ini Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD) mengenal pasti lebih 40 kesalahan telah dilakukan oleh para pemandu lori pengangkut bahan binaan menerusi operasi bersepadu yang di namakan ‘Ops Hippo’ di dua daerah di negeri Pahang.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad memaklumkan, ia termasuk juga 25 kes melibatkan pemandu-pemandu lori yang mengangkut muatan berlebihan dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Kosmo.


Beliau juga memaklumkan pihaknya bersama Polis dan Jabatan Pengangkutab Jalan (JPJ) akan melakukan operasi bersepadu ini secara berterusan di sekitar Kuatan dan Pekan untuk mengenal pasti serta mengambil tindakan tegas kepada para pemandu lori yang melanggar peraturan jalan raya.

Orang ramai dianjurkan untuk menyalurkan maklumat berkenaan hal ini terus kepada pihak SPAD, JPJ dan Polis sekiranya mempunyai maklumat berkenaan pemandu lori yang membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam operasi terdahulu beliau dan bersama 38 anggota penguatkuasa SPAD dan agensi yang berkaitan telah melakukan pemeriksaan ke atas lori pengangkut bahan binaan di Tanjung Lumpur dan Jalan Kuantan – Pekan, Pahang dan mendapati beberapa kesalahan seperi membawa muatan lebih, melanggar permit muatan dan pelbagai lagi kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad dilokasi operasi
Tindakan ini amat berbahaya kepada para pengguna jalan raya yang lain kerana sebarang kecuaian bakal mengundang kemalangan yang berpotensi meragut nyawa orang awam.

Post a Comment

0 Comments