Recents in Beach

header ads

Tegur Projek Lereng Bukit : Teh Yee Cheu Dipinggir kerajaan DAP #KekalNajib #LawanDAP #Perjuangan4All

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, The Yee Cheu telah menyatakan bahawa beliau telah dipinggirkan selama 4 tahun oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. Yee Cheu juga mendakwa bahawa beliau tidak langsung diberi ruang untuk bersuara dalam kerajaan negeri dan parti. 

Hal ini berpunca dari ketegasan dan keperihatinan beliau yang disuarakan olehnya kepada kerajaan DAP Pualau Pinang terhadap isu pembangunan di lereng bukit, Pelan Struktur Pulau Pinang dan beberapa perkara lain. 

Berdasarkan perkara ini dan merasakan segala keluhan serta teguran, apatah lagi dengan sikap kerajaan Pulau Pinang dan parti DAP itu sendiri, maka Yee Cheu membuat keputusan untuk mengundurkan diri. Apatah lagi tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu sememangnya telah memberi kesan terhadap dirinya. 

Yee Cheu menjelaskan lagi dan bukan menjadi rahsia bahawa sememangnya selama ini semua orang telah mengetahui bahawa beliau tidak sebulu dengan kepimpinan parti dan kerajaan negeri

Beliau adalah ADUN DAP yang paling lantang menyuarakan isu pembangunan di lereng bukit dan alam sekitar dan beliau lah yang bertanggungjawab mengusulkan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di beri tempoh perkhidmatan hanya selama dua penggal sahaja. Yee Cheu telah mengesahkan akan keluar DAP sebaik sahaja Parlimen di bubarkan untuk menghadapi PRU-14. 

Kerakusan demi keuntungan parti dan kroni maka kerajaan mengenepikan segala aduan terhadap kesan pembangunan yang dirancang dan yang telah dilaksanakan. Meskipun ada dakwaan pihak berkuasa tempatan tidak pernah sekali meluluskan permohonan yang mempunyai risiko, ternyata dalam hal ini mereka pekakkan telinga dan butakan mata asalkan menguntungkan poket mereka.

Tidak mustahil beliau akan digelar "makan dedak" penyokong pakatan harapan meskipun beliau berkata benar

Post a Comment

0 Comments