Recents in Beach

header ads

Pemotongan kos LRT3 bukan satu penjimatan

DAKWAAN Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kos projek LRT3 berjaya dikurangkan adalah satu penipuan. Ia sebenarnya adalah sebuah “pengecilan drastik” projek tersebut, dan bukannya “penjimatan kos”.

Guan Eng mengumumkan bahawa selepas pengurangan kos, terdapat beberapa perubahan kepada projek LRT3, termasuk:

1) Mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc. Berdasarkan kajian perlaksanaan projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc ini sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set keretapi 3-koc dilaksanakan.

2) Mengurangkan saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangkan dengan mengubah suai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piaiwaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.

3) Pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah turut ditangguhkan, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen tersebut. Stesen-stesen yang terlibat adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

4) Pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam juga dibatalkan.

5) Tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dilanjutkan dari 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek tersebut.

Menurut Lim Guan Eng, projek LRT3 penting untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Akan tetapi, tindakan kerajaan Pakatan Harapan untuk melanjutkan tempoh pembinaan LRT3 bermaksud bahawa rakyat terpaksa menanggung seksa untuk 4 tahun lagi.

Jika projek ini begitu penting, mengapakah tarikh penghabisannya dilanjutkan lagi? Ini satu percanggahan konsep yang ketara.

Selain itu, adakah projek LRT3 boleh menampung keperluan populasi 2 juta penduduk Lembah Klang, malah mengangkut lebih daripada 30,000 penumpang sejam selepas projek ini dikecilkan?

Semua faktor ini harus diambil kira sebelum keputusan dibuat secara tergesa-gesa.

Saya menyarankan bahawa kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan tanggungjawabnya secara pragmatik dan jujur, dan bukannya hanya bercakap besar.

Post a Comment

0 Comments