Recents in Beach

header ads

Rejim PH DAP akui SST tidak mampu kurangkan harga barang #PRKDUNSemenyih


Kerajaan mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu mengurangkan harga barang sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewa­ngan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amirud­din Hamzah ber­kata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bi­lion setahun sahaja berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.

Menurutnya, disebabkan itu kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bi­lion setahun.

“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.

“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa me­nyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching di sini, semalam.

#BuktiBukanSekadarJanji
#UndiBarisanNasional
#ManifestomatoPhDAP

.....
Laporan PRK DUN Semenyih

http://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

Post a Comment

0 Comments