Recents in Beach

header ads

Hina Nabi: Tiada peguam berani membela Foo Wai Sing


Tiada Peguam Yang Berani membela Foo Wai Sing. Selalunya peguam Dap yang sanggup.

Foo Wai Sing 68 tahun, tidak mengaku bersalah diatas dakwaan menghina Nabi dimahkamah Seksyen hari ini.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Foo yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan tidak bekerja.

Hakim Edwin Paramjothy menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 5 April ini untuk sebutan kes.

...................
Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Hina Nabi

Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim M Edwin Paramjothy.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan, di mana tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni di antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam di seluruh negara, yang dibaca jam 12 tengah hari pada 18 Februari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook yang sama, membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, di tempat, masa dan tarikh sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.”


http://pakdin.my/tag/hina-nabi

Post a Comment

0 Comments