Recents in Beach

header ads

KPN Nafi Lawatan PDRM Ke Turki Ditaja Syarikat Judi


Mustahil Lembaga Totalisator Malaysia terima dana dari Da Ma Cai saja. Jadi apa keperluan sebut Da Ma Cai saja dan kemudiannya menafikan. Lembaga ini ditubuhkan bagi mengawal aktiviti perjudian nombor ramalan berasaskan lumba kuda yang berlesen.

................

KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan bahawa sebuah syarikat perjudian telah menaja perjalanan pasukan polis ke Turki baru-baru ini.

Beliau berkata dakwaan yang dibuat di media sosial mengenai perjalanan yang melibatkan pegawai kanan polis tersebut, adalah palsu.

“Perjalanan itu sebenarnya dibiayai oleh Lembaga Totalisator Malaysia (sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertindak sebagai badan kawal selia untuk mengawasi aktiviti perlumbaan dan pertaruhan),” katanya pada sidang media yang diadakan di Sandakan, Khamis.

“Saya tidak tahu motif mereka yang mendakwa bahawa kami dibiayai oleh beberapa syarikat perjudian dan menyebarkan tentang penipuan itu,” kata Mohamad Fuzi.

Mengenai perjalanan tersebut, beliau berkata ia bukan program berbentuk peribadi, tetapi adalah latihan mengenai cara untuk memerangi perjudian dalam talian.

“Perjalanan itu juga membolehkan kami mengukuhkan hubungan dengan polis dan pihak berkuasa Turki.

“Laporan lengkap berkaitan lawatan ke Turki akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama lagi,” kata Mohamad Fuzi.

Laman web ‘whistleblower’ Sarawak Report melaporkan bahawa Mohamad Fuzi dan 17 pegawai polis kanan lain mengikuti lawatan mewah ke Turki yang menelan belanja lebih RM300,000.

Susulan pendedahan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah meluluskan lawatan yang ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia itu.

Post a Comment

0 Comments